Page 41 - Nilai Shahid al-Quran
P. 41
a. Kurangnya kajian terhadap karya SA berbanding kemasyhuran dan
pengaruh karya-karya yang menjadi teras kepada pengajaran bidang ini di
serata pelosok Nusantara.
b. Kebimbangan akan hilangnya khazanah pemikiran SA dalam bidang
tatabahasa.
Kajian ini juga penting kepada para guru dalam memberikan panduan mereka untuk
memilih shahid tatabahasa yang sesuai dalam aktiviti PdPc terutama melibatkan SQ.
Kepada para pelajar, kajian ini akan memberi nilai tambah kepada mereka kerana di
samping mempelajari ilmu tatabahasa pada masa yang sama pelajar juga dapat
menyerap nilai daripada penghayatan SQ yang digunakan. Pemupukan nilai merentas
kurikulum sememangnya menjadi hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), iaitu bagi memperkembangkan lagi potensi bangsa Malaysia secara
menyeluruh dan bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, n.d.). Hasrat ini
seterusnya menjadi salah satu anjakan daripada 11 anjakan utama untuk
mentransformasikan sistem pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Kepada para ibubapa dan orang awam pula, kajian ini boleh dijadikan sumber untuk
memilih bahan bacaan tatabahasa yang dikaitkan secara langsung dengan nilai-nilai
agama. Selain membantu mereka meneroka mukjizat al-Quran dari pelbagai sudut dan
dimensi.
23