Page 39 - Nilai Shahid al-Quran
P. 39

Thaqafah

                                                          ANALISIS                    Islamiyyah

                                                            (Tafsir,
                                 NAHU      Shahid al-                                  Pengaruh
                                                            Semantik,
                                 (Kitab      Quran
                                                              Pola,       NILAI       Akademik
                                 Tashil)     (SQ)
                                                           Fungsi dan

                                                                                       Mudah
                                                             Tawjih)

                                                                                       Mesra


                                                Rajah ‎1.4 Kerangka konseptual kajian.



                       Berdasarkan Rajah 1.4, kajian ini akan meneroka nilai melalui analisis SQ dalam kitab

                       Tashil  yang  diteliti  daripada  aspek  tafsir,  semantik,  pola,  fungsi  dan  tawjih  SQ


                       berkenaan.  Aspek  yang  pertama  bersandarkan  kepada  model  TI  dijangka  dapat

                       meneroka nilai TI daripada SQ yang terlibat perbincangan akidah, syariat dan akhlak


                       melalui analisis tafsir. Aspek yang kedua bersandarkan kepada teori susunan dijangka

                       dapat  meneroka  nilai  pengaruh  daripada  SQ  yang  terlibat  perbincangan  semantik.


                       Aspek yang ketiga pula adalah bersandarkan kepada prinsip kajian SQ terdahulu, iaitu

                       mengeluarkan  pola,  fungsi  dan  tawjih  SQ  daripada  korpus  kajian  (kitab  Tashil).


                       Aktiviti  ini  dijangka  dapat  mengeluarkan  nilai  akademik.  Aspek  yang  keempat

                       penggunaan  SQ  daripada  ayat  al-Quran  yang  menjadi  amalan  dan  kebiasaan  umat

                       Islam dalam  kehidupan  sehari-harian  yang dijangka membentuk  nilai  mesra. Aspek


                       yang  terakhir  pula  bersandarkan  kepada  faktor  penggunaan  SQ  yang  memudahkan

                       proses pembelajaran tatabahasa dijangka membentuk nilai mudah.













                                                               21
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44