Page 40 - Nilai Shahid al-Quran
P. 40
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting dilakukan bagi mengisi lompang yang telah ditinggalkan oleh para
pengkaji terdahulu dalam bidang SQ. Walaupun kajian terdahulu berjaya menemui
pola, fungsi dan tawjih penggunaan SQ, namun aspek nilai masih belum dikaji secara
mendalam. Hal ini penting diberikan tumpuan bagi memberikan makna yang lebih
spesifik kepada persoalan kenapa sesuatu SQ itu digunakan berbanding shahid
tatabahasa yang lain seperti syair, frasa mahupun Hadis. Sudah tentu penggunaan SQ
bukannya datang secara tanpa disedari, tanpa perancangan dan tanpa mengandungi
apa-apa nilai di sebaliknya.
Memang ada pengkaji yang berpendapat bahawa SA tidak pernah menghuraikan
kepentingan ataupun sebab penggunaan SQ secara khusus, walaupun mereka
mengakui bahawa bilangan SQ banyak terdapat dalam karya tokoh berkenaan (Adnan
Suemae, 2005). Hal ini tidak menafikan matlamat SA dalam memilih menggunakan
mana-mana SQ yang mungkin mengandungi makna atau nilai yang tertentu. Mungkin
semasa mengajar tatabahasa beliau ada menghuraikan ataupun menekankan aspek
kerohanian yang melipui nilai akidah, syariat dan akhlak berdasarkan maksud SQ
yang digunakan. Perkara ini juga tidak dinyatakan secara terperinci dalam penulisan
karya beliau dengan tujuan memendekkan huraian sementelah saiz karya yang tidak
terlalu besar.
Selain daripada faktor untuk mengetengahkan karya ulama tatabahasa Nusantara,
pemilihan kitab karangan SA adalah siginifikan berdasarkan saranan yang berikut
(Adnan Suemae, 2005):
22