Page 42 - Nilai Shahid al-Quran
P. 42

1.7  Definisi Operasi

                       1.7.1   Shahid al-Quran (SQ)


                       Dalam  kajian  ini,  SQ  bermaksud  penggunaan  ayat-ayat  al-Quran  atau  potongan

                       daripada ayat-ayat al-Quran secara umum; sama ada sebagai dalil kesahihan sesuatu


                       kaedah  tatabahasa,  ataupun  sebagai  penguat  kepada  kaedah  tatabahasa,  ataupun

                       sebagai contoh tatabahasa semata-mata.




                       1.7.2   Nilai

                       Nilai  dalam  kajian  ini  bermaksud  satu  prinsip  berasaskan  ilmu  yang  dapat


                       menerbitkan perasaan suka, sayang dan cinta yang dizahirkan melalui tindakan secara

                       konsisten dan berterusan.




                       1.8  Metodologi Kajian


                       1.8.1   Reka Bentuk Kajian

                       Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif berbentuk kajian kes kerana ia


                       dianggap paling sesuai dengan objektif kajian yang melibatkan situasi sebenar dalam

                       sebuah fenomena. Fenomena yang dikaji adalah penggunaan SQ dalam kitab Tashil


                       yang dipilih sebagai korpus kajian. (Stake, 2010) menyatakan kajian kualitatif adalah

                       pendekatan  terbaik  bagi  mengkaji  situasi  sebenar  dalam  sebuah  fenomena  yang

                       dilakukan oleh manusia atau persekitaran.




                       Selain itu, kajian ini juga bersifat eksplorasi ataupun penerokaan, iaitu meneroka nilai


                       di  sebalik  penggunaan  SQ.  (Creswell,  2012b)  menyatakan  bahawa  pendekatan

                       kualitatif amat sesuai bagi kajian yang melibatkan ekplorasi. (Marohaini, 2001) pula


                       menyatakan  bahawa  banyak  kajian  dalam  pendidikan  terdiri  daripada  kajian  yang



                                                               24
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47