Page 37 - Nilai Shahid al-Quran
P. 37

dijadikan  rujukan  dan  pemandu  bagi  mengeluarkan  nilai  SQ  yang  melibatkan

                       perbincangan dari aspek semantik.




                       1.5.3   Model Thaqafah Islamiyyah (TI)

                            c
                       Al-Sa di  (2008)  telah  melakukan  kajian  penggunaan  SQ  dan  shahid  Hadis  dalam

                       tatabahasa. Beliau mendapati bahawa amalan tersebut menyentuh ketiga-tiga aspek TI


                       dengan  jelas,  iaitu  akidah,  syariat  dan  akhlak.  Ini  bermakna  di  samping

                       menyampaikan  tatabahasa,  terdapat  unsur  TI  turut  dapat  disampaikan  kepada  para

                       pelajar secara tidak langsung.




                                                     c
                       Sebagai contoh, semantik al-fi l (kata kerja) dalam bahasa Arab memberikan makna

                       sesuatu  yang  berubah-ubah.  Hal  ini  demikian  kerana  kata  kerja  mengandungi

                       pengaruh  masa  dan  peristiwa.  Sebaliknya  semantik  al-Ism  (kata  nama)  pula


                       memberikan  makna  tetap  atau  tidak  berubah.  Contohnya  menerusi  penggunaan  SQ

                                                           c
                       (QS Fatir, 35:3) yang mengandungi fi l yarzuqukum membawa makna rezeki Allah itu

                       berubah-ubah  mengikut  keadaan  hamba-hamba-Nya.  Secara  tidak  langsung

                       penggunaan SQ ini boleh dikaitkan dengan unsur kepercayaan pelajar kepada Allah

                                                                c
                       (tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki) (Al-Sa di, 2008).



                       Kewujudan  nilai  daripada  nas  al-Quran  sememangnya  tidak  dapat  dinafikan.  Prof.


                       Kanok  Wongtrangan  (2015)  dalam  ucapan  penggulungan  Seminar  Pengajian  Islam

                       Antarabangsa Ketiga yang diadakan di Universiti Putera Sogkhla Patani pada 25 Mac


                       2015  menyatakan  bahawa,  hasil  daripada  kajian  mendapati  bahawa  al-Quran  dapat

                       memandu  orang-orang  Islam  dan  bukan  Islam  ke  arah  suatu  nilai  yang  disepakati


                       (universal) seperti keadilan, kesederhanaan, bertolak ansur dan sebagainya. Rajah 1.3



                                                               19
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42