Page 46 - Nilai Shahid al-Quran
P. 46

tangan  yang  dihasilkan  oleh  tuan  guru  Haji  Abdul  Rahman  Sungai  Durian  al-

                       Kelantani (2012), namun karya berkenaan tidak melibatkan penggunaan SQ.




                       iv.    Kitab Tashil diajar secara tradisonal dalam bentuk kumpulan kecil (halaqah)


                       menggunakan pendekatan talaqi dan mushafahah, iaitu pengajaran ilmu menggunakan

                       kaedah membaca kitab turath dari kulit ke kulit. Para pelajar pula tidak dibebankan


                       dengan  peperiksaan  dan  ujian.  Hal  ini  menjadikan  niat  mereka  lebih  fokus  untuk

                       menguasai  ilmu  dan  kemahiran  tertentu  termasuk  bahasa  Arab.  Perkara  ini  diakui

                       berdasarkan  pemerhatian,  pengalaman  dan  perakuan  oleh  salah  seorang  tuan  guru


                       yang mengajar di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan (TT/G1:4).




                       v.     Kitab Tashil memenuhi keperluan kajian. Hal ini demikian kerana data analisis

                       kandungan kitab ini dapat disokong oleh data pemerhatian ke atas aktiviti PdPc dalam


                       kelas dan temubual beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti PdPc berkenaan.




                       vi.    Saiz kitab Tashil juga sesuai dengan tempoh masa yang ditetapkan bagi kajian

                       ini berbanding kitab tatabahasa Arab  yang lain. Saiz kitab yang besar dan dikarang


                       oleh ulama tatabahasa dari negara Arab menjadikan kesesuaiannya tidak selari dengan

                       ruang  masa  kajian  ini  walaupun  terdapat  penggunaan  SQ  di  dalamnya  (Al-Hattab,

                       1995; Ibn Aqil, 1996; Ibn Hisham, 1994a).




                       1.8.3   Prosedur Pengumpulan Data


                       Data kajian ini adalah data kualitatif dalam bentuk teks atau kenyataan yang terbahagi

                       kepada dua kategori, iaitu data utama dan data sokongan. Data utama kajian diperolehi







                                                               28
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51