Page 51 - Nilai Shahid al-Quran
P. 51

merakam suara dalam bentuk MP3 192kbps. Data ini akan terus disalin ke kad micro

                       SD dan fail rakaman berkenaan akan disimpan ke dalam komputer menerusi folder


                       khas menggunakan kod RS-t (Rakaman Suara-tarikh). Contoh RS-150825 bermaksud

                       rakaman pemerhatian dilakukan pada 25 Ogos 2015.




                       Selain  itu,  satu  borang  senarai  semak  turut  digunakan  semasa  aktiviti  pemerhatian


                       dijalankan. Senarai semak tersebut disediakan terlebih dahulu berasaskan kepada lima

                       tema  kajian  yang  telah  ditetapkan.  Setiap  senarai  semak  diberikan  kod  SS-t/No

                       (Senarai  semak-Tarikh  pemerhatian/Nombor  helaian).  Contoh  SS-150908/01


                       bermaksud senarai semak dilakukan pada 8 September 2015 helaian pertama.




                       Fail  rakaman  diulang  dengar  bagi  membantu  penyediaan  nota  lapangan  yang

                       diberikan kod NL-Nombor (Nota Lapangan-Nombor). Nombor yang digunakan dalam


                       kod nota lapangan ini adalah mengikut turutan sesi pemerhatian. Nombor yang sama

                       diberikan  kepada  data  senarai  semak  untuk  tujuan  keseragaman  apabila  data


                       digunakan sebagai rujukan dalam kajian. Contoh kod rujukan laporan kajian seperti

                       SS-7/3 bermaksud senarai semak nombor 7 helaian ketiga dan NL-7/2 bermaksud nota


                       lapangan nombor 7 muka surat kedua. Rajah 1.5 menunjukkan proses pengumpulan

                       data pemerhatian.



                                                             Rakaman Suara         (NL-No)
                                   Data Pemerhatian         (RS-t) RS-150825        NL-7
                                    Kelas Kitab Tashil
                                  (Pondok Pasir Tumbuh)      Senarai Semak        (SS-No)
                                                            (SS-t) SS-150908        SS-7

                                     Rajah ‎1.5 Proses pengumpulan data pemerhatian









                                                               33
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56