Page 49 - Nilai Shahid al-Quran
P. 49

ke  dalam  jadual  yang  dihasilkan  melalui  perisian  MS  Word  2010  mengikut

                              susunan dalam bab korpus kajian (Lampiran 1).




                       Data  mentah  kajian  yang  dikeluarkan  daripada  kitab  Tashil  diberikan  kod  khas


                       D/Ms/Bs (Dokumen/nombor muka surat/baris). Terdapat empat naskhah kitab Tashil

                       dengan versi cetakan yang berbeza terlibat dalam kajian ini. Salah satu daripadanya


                       digunakan sebagai dokumen utama, manakala yang lain sebagai dokumen sokongan

                       dan rujukan silang. Contoh kod DU/12/7 bermaksud data kajian diperolehi daripada

                       Dokumen Utama, muka surat 12, baris yang ketujuh.




                       Setiap  SQ  yang  dikumpul  akan  diberikan  nombor  khusus  dan  disusun  mengikut


                       turutannya dalam kitab Tashil. Semua SQ akan dikategorikan mengikut pola, fungsi,

                       tawjih  dan  tema  SQ  sebagaimana  yang  digariskan  dalam  kerangka  kajian.  Sebuah


                       lembaran matriks data SQ diwujudkan menggunakan perisian MS Excel 2010.




                       1.8.3.2  Tatacara pengumpulan data analisis dokumen

                       Dokumen yang digunakan dalam kajian ini adalah empat buah buku yang memberikan

                                                                                        c
                       maklumat mendalam berkaitan SA dan empat buah kitab Sharh al- Awamil al-Jurjani

                       yang dilakukan oleh empat orang sarjana termasuk SA sendiri. Data yang diperolehi

                       akan digunakan dalam kajian dengan menggunakan teknik penulisan APPA.













                       7  Addins Quran in Ms Word adalah perisian Al-Quran Digital yang dihasilkan dan sentiasa dikemaskini
                       oleh pemiliknya Mohamad Taufik menerusi laman web http://taufikproduct.com. Ia dapat dimuat turun
                       secara percuma dan diinstalasi sebagai perkakas tambahan (Addins) kepada perisian MS Word 2003
                       dan ke atas.
                                                               31
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54