Page 50 - Nilai Shahid al-Quran
P. 50

1.8.3.3  Tatacara pengumpulan data pemerhatian

                       Data pemerhatian dikumpul mengikut prinsip pemerhatian peserta, iaitu dengan cara


                       pengkaji  menghadiri  sendiri  kelas  pengajian  kitab  Tashil  di  pondok  Pasir  Tumbuh,

                       Kelantan.  Kelas  ini  diadakan  dua  kali  seminggu,  iaitu  pada  hari  Selasa  dan  Rabu


                       bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada waktu Asar. Kelas ini dikendalikan oleh

                       Ustaz Anuar bin Mua‟ai seorang guru yang dilantik oleh pengusaha pondok. Beliau


                       turut memiliki pengalaman lebih 12 tahun belajar dan mengajar kitab Tashil.



                       Creswell (2012) menyarankan tiga peranan yang dapat dimainkan oleh pengkaji yang


                       melakukan pemerhatian, iaitu pemerhatian peserta (participant observer), pemerhatian

                       bukan  peserta  (nonparticipant  observer)  dan  pemerhatian  tukar  fungsi  (changing


                       observational role). Walau bagaimanapun beliau menegaskan bahawa peranan jenis

                       yang pertama adalah paling baik. Ini adalah kerana pengkaji akan dapat melakukan


                       pemerhatian  dengan  lebih  mendalam,  melalui  penyertaan  secara  langsung  dalam

                       lapangan kajian berkenaan.




                       Namun  Creswell  mengingatkan  bahawa  peranan  jenis  ini  boleh  mengakibatkan


                       kekurangan  data  kerana  pengkaji  agak  sibuk  memainkan  dua  peranan  dalam  satu

                       masa.  Oleh  yang  demikian,  bagi  memastikan  ketepatan  dan  kecukupan  data,  data

                       pemerhatian akan dikumpul dengan dua cara iaitu melalui nota lapangan (fieldnotes)


                       dan  senarai  semak  (observational  checklist)  sebagaimana  yang  disarankan  beliau

                       (Creswell, 2012a).




                       Oleh  hal  yang  demikian,  data  pemerhatian  ini  dikumpul  melalui  rakaman


                       menggunakan  alat  perakam  suara  Sony  Stereo  IC  Recorder  ICD-UX543F  yang



                                                               32
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55