Page 52 - Nilai Shahid al-Quran
P. 52

1.8.3.4  Tatacara pengumpulan data temu bual

                       Proses  temu bual  pula dijalankan  setelah mendapat  persetujuan para peserta kajian.


                       Peserta  kajian  terbahagi  kepada  dua  kategori,  iaitu  peserta  utama  dan  sokongan.

                       Peserta utama terdiri daripada dua orang guru yang terlibat mengajar kitab Tashil dan


                       seorang pelajar yang mengikuti kelas pengajian tersebut. Pemilihan guru dan pelajar

                       adalah  berdasarkan  kebolehan  dan  kemampuan  meraka  memberikan  respon  yang


                       paling  tinggi  terhadap  soalan  yang  disediakan.  Selain  itu,  peserta  kajian  dalam

                       kalangan  pelajar  juga  dipilih  berdasarkan  komitmen  kehadiran  dan  cadangan  khas

                       daripada tuan guru. Peserta sokongan kajian pula terdiri daripada pentadbir pondok,


                       tuan guru yang pernah mengajar kitab Tashil dan pengusaha syarikat percetakan.




                       Proses  temu  bual  kepada  para  peserta  utama  dikendalikan  berpandu  kepada  soalan

                       separa struktur  yang disediakan terdahulu. Soalan separa struktur bermaksud soalan


                       temu bual diaju berdasarkan kepada tema SQ yang telah ditentukan terlebih dahulu.

                       Kemudian sesi ini disusuli soalan bebas dikemukakan berdasar kepada respon peserta


                       kajian.  Soalan  temu  bual  akan  terhenti  apabila  data  kajian  menjadi  tepu  (Othman

                       Lebar, 2015). Sebaliknya, proses temu bual kepada para peserta sokongan dikendali


                       berdasarkan  soalan  terbuka.  Hal  ini  demikian  kerana  data  yang  dikehendaki  adalah

                       berbentuk objektif seperti nama, tarikh dan tempat sahaja.




                       Data mentah temu bual dikumpul menggunakan alat perakam suara Sony jenis sama

                       sebagaimana  yang  disebutkan  di  atas.  Data  ini  akan  disimpan  dalam  folder  khas


                       menggunakan kod T-G/t (Temu bual-Guru/tarikh) untuk guru dan T-P/t (Temu bual-

                       Guru/tarikh)  untuk  pelajar.  Data  dalam  bentuk  rakaman  suara  ini  kemudiannya


                       dilakukan  proses  transkripsi  dan  nota  transkripsi  tersebut  diberikan  kod  TT-GNo



                                                               34
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57