Page 55 - Nilai Shahid al-Quran
P. 55

rujukan  perbincangan  mukjizat  al-Quran.  Sebagai  contoh,  nilai  akidah  akan

                       mengeluarkan  sub  nilai  kepercayaan  kepada  tuhan,  kepercayaan  kepada  rasul,


                       kepercayaan  kepada  malaikat,  kepercayaan  kepada  hari  akhirat  dan  kepercayaan

                       kepada qada‟ dan qadar sebagaimana yang ditetapkan dalam rukun iman.




                       Para sarjana telah mencadangkan penggunaan kitab tafsir berbentuk tafsir kebahasaan


                       (lughawi) yang diiktiraf sebagai sumber yang muktabar supaya para penyelidik tidak

                       membuat penyelidikan yang keliru dan mengelirukan (Yusoff & Damit, 2014). Selain

                                                                                   c
                       TI, fokus analisis tekstual juga tertumpu pada SQ berkaitan i jaz al-Quran sama ada

                                                                                                 c
                                                c
                       c
                                    c
                       i jaz bacaan, i jaz rasmi, i jaz lughawi dan lain-lain . Fokus kepada aspek i jaz akan
                       mengeluarkan  sub  nilai  pengaruh  SQ.  Fokus  yang  ketiga  adalah  SQ  yang  dipetik
                       daripada ayat-ayat al-Quran yang mudah dan selalu meniti di bibir-bibir pelajar dan

                       pengajar bahasa Arab di luar kelas, ini bertujuan menerokai  sub-nilai mesra. Fokus


                       yang terakhir pula akan meneliti SQ yang digunakan ke atas kaedah tatabahasa yang

                       sukar  dan  kompleks  untuk  difahami,  namun  ia  menjadi  mudah  apabila  melibatkan


                       penggunaan SQ. Fokus terakhir ini bertujuan meneroka sub-nilai mudah.




                       Data sokongan kajian pula terdiri daripada data analisis dokumen, pemerhatian dan

                       data  temu  bual.  Data-data  ini  dianalisis  menggunakan  teknik  sama,  iaitu  teknik

                       analisis  tematik.  Matlamatnya  untuk  memastikan  nilai  penggunaan  SQ  turut


                       diterapkan  dalam  amalan  pengajaran  oleh  seorang  guru  pondok  yang  dipilih  secara

                       bertujuan.  Kelas  berkenaan  pula  adalah  kelas  pengajaran  tatabahasa  Arab


                       menggunakan kitab Tashil di pondok yang dikenal pasti sebagai institusi pondok yang

                       paling menyerlah di Malaysia. Data sokongan ini hanya sebagai pengukuhan kepada


                       dapatan nilai yang diperoleh daripada analisis data utama sahaja.



                                                               37
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60