Page 60 - Nilai Shahid al-Quran
P. 60

BAB 2




                                       SOROTAN LITERATUR SHAHID AL-QURAN
                                               DALAM TATABAHASA ARAB



                       2.1  Pengenalan


                       Bab ini akan menyorot secara mendalam definisi dua istilah yang digunakan dalam

                       kajian ini, iaitu shahid, shahid al-Quran (SQ) dan nilai. Bab ini turut membincangkan


                       sejarah  dan  perkembangan  tatabahasa  Arab  yang  dikaitkan  dengan  al-Quran.

                       Tumpuan bab ini yang lebih terperinci dikhususkan kepada mengupas terminologi dan


                       epistemologi dua terma kajian, iaitu terma SQ dan terma nilai. Ia bertujuan melihat

                       sejarah dan perkembangannya dalam bidang tatabahasa Arab.




                       Terma SQ membincangkan secara terperinci makna SQ dari segi bahasa dan istilah,


                       sejarah  penggunaan  SQ  dalam  tatabahasa  Arab,  perkembangan  penggunaan  SQ,

                       keistimewaan SQ dan pendekatan atau metodologi kajian SQ yang lepas. Manakala

                       terma nilai pula melibatkan huraian makna nilai secara terperinci dari segi bahasa dan


                       istilah  dalam  pelbagai  bidang,  seperti  falsafah,  psikologi,  sosiologi,  ekonomi  dan

                       pendidikan moral. Selain itu, kajian turut mengambil makna nilai berasaskan kepada


                       kajian umum yang masyhur dalam masyarakat. Sorotan kajian lampau berkaitan terma

                       SQ  dan  nilai  ini  akan  dihuraikan  berdasar  kepada  analisis  sistematik  literatur  atau


                       systematic  literature  review  (SLR)  agar  kupasannya  lebih  komprehensif  dan

                       mendalam (Kuenzi & Schminke, 2009; Michie & Williams, 2003; Siddiqi, House, &

                       Holmes, 2006).
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65