Page 62 - Nilai Shahid al-Quran
P. 62

Contoh penggunaan perkataan ini yang membawa maksud saksi adalah ayat  مجسنا دهش

                       نلاف  ىهع  وأ  نلافن  (seorang  lelaki  itu  menjadi  saksi  kepada  si  fulan  atau  menjadi  saksi


                       terhadap si fulan). Contoh penggunaan bagi menyatakan satu perkhabaran yang tegas

                       atau sumpah adalah ayat للهات دهش (seseorang bersumpah dengan nama Allah). Manakala


                       contoh bagi penggunaan perkataan ini yang membawa maksud satu kenyataan yang

                       diasaskan kepada pengetahuan, seperti ayat سهجمنا ده ش نلاف (Si fulan itu telah hadir ke


                       satu  majlis  atau  dia  telah  menyaksikan  sebuah  majlis)  (Al-Fairuzabadi,  1996;  Ibn

                       Manzur, 1994; Ibrahim, 1972).




                                              c
                       Dalam kamus Lisan al- Arab, perkataan shahid dibincangkan dalam pelbagai situasi.
                       Namun ia tidak lari daripada membawa maksud, seseorang yang memberi keterangan


                       terhadap apa yang diketahuinya. Sekiranya perkataan shahid dikaitkan dengan Allah,

                       maka sememangnya Allah Yang Maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Bermula


                       daripada pengetahuan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, serta semua perkara

                       yang berkaitan makhluk. Semuanya sudah berada di dalam pengetahuan Allah S.W.T.


                       Dengan  sebab  itu,  Allah  adalah  shahid  atas  segala  sesuatu.  Begitu  juga  jika

                       disandarkan perkataan shahid kepada para Malaikat, ia memberi maksud bahawa para


                       Malaikat sememangnya tahu dengan sepenuh pengetahuan akan kebesaran Allah dan

                       kekuasaan-Nya atas sekalian makhluk. Seterusnya jika disandarkan perkataan shahid

                       kepada manusia di sisi para hakim, ia memberi maksud shahid tersebut mempunyai


                       pengetahuan  tentang  apa  yang  akan  diberitahunya  kepada  hakim  berkenaan  (Ibn

                       Manzur, 1994).













                                                               44
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67