Page 67 - Nilai Shahid al-Quran
P. 67

yang dinamakan secara khusus oleh Allah S.W.T dalam al-Quran itu sendiri (QS al-

                       Baqarah: 2:185; al-Isra, 4:9).




                       2.2.1.4  Definisi al-Quran dari segi istilah


                       Para  sarjana  Islam  sepanjang  zaman  sependapat  bahawa  al-Quran  dari  segi  istilah

                       adalah  merujuk  kepada  kalam  Allah  bermukjizat  yang  diturunkan  kepada  Nabi


                       Muhammad s.a.w daripada awal surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas.

                       Ia  ditulis  dalam  mashaf,  diperturunkan  dari  generasi  ke  generasi  secara  mutawatir

                                                                                                       c
                       (dari seorang ke seorang tanpa putus) dan membacanya dikira satu ibadah (Al-Sa di,

                                                c
                       1986;  Al-Zarqani,  1995;  Itr,  1996).  Al-Quran  diturunkan  sebagai  panduan  hidup
                       manusia di dunia dan kesejahteraan di akhirat (Md. Nor, 2007).




                       2.2.1.5  Definisi SQ


                       Sejak hampir dua dekad SQ digunakan sebagai tajuk kajian, iaitu bermula tahun 1999

                       berterusan sehingga kini. Sudah lebih 15 buah kajian telah dilakukan dan diterbitkan.


                       Walau bagaimanapun para pengkaji tidak menjadikan SQ sebagai satu istilah khusus

                       yang  berdiri  dengan  sendirinya  dalam  bidang  tatabahasa,  melainkan  hanya


                       menggunakannya sebagai definisi operasi sebagaimana dalam kajian Zamri (2010).



                       Tidak dinafikan ada pengkaji yang mendefiniskan istilah SQ secara umum walaupun


                       jumlahnya tidaklah banyak. Hal ini mungkin disebabkan istilah  SQ itu sendiri telah

                       menjadi satu perkara yang sangat masyhur dalam kalangan pengkaji. Maka, daripada


                       15  kajian  berkenaan,  hanya  empat  kajian  sahaja  yang  menyebut  definisi  SQ  secara

                       umum, sama ada dari segi bahasa dan istilah.






                                                               49
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72