Page 70 - Nilai Shahid al-Quran
P. 70
umum, sedangkan subjek berkenan tidak ada kaitannya secara langsung
dengan tatabahasa yang dibincangkan (Al-Mulhim, 2006).
iv. SQ turut dipilih berdasarkan kosa kata tertentu yang mungkin
mengandungi makna-makna tersurat dan tersirat berbentuk pengajaran sisipan,
berbanding kemampuan shahid bentuk lain yang mungkin digunakan hanya
sebagai dalil tatabahasa atau penguat hujah semata-mata. Hal ini demikian
kerana pemilihan sesuatu kosa kata merupakan asas dalam PdPc kemahiran
bahasa (Muhamad Fairuz et. al., 2015) di samping al-Quran adalah kalam
Allah yang bermukjizat dan mengandungi seribu satu pengajaran yang terbuka
luas untuk diterokai dan dikongsi.
Berdasarkan perbincangan ini, istilah SQ yang dianggap sesuai dan menepati objektif
kajian ini meliputi penggunaan ayat al-Quran secara menyeluruh, atau beberapa ayat
al-Quran atau potongan daripada ayat al-Quran. Tujuannya sama ada untuk dijadikan
dalil kaedah tatabahasa atau penguat hujah dalam sesuatu perbincangan tatabahasa
ataupun digunakan sebagai contoh semata-mata.
2.2.2 Sorotan ringkas tatabahasa Arab
2.2.2.1 Definisi tatabahasa Arab
Tatabahasa adalah terjemahan perkataan Arab, iaitu al-Nahw. Sekiranya dilihat
definisi ilmu ini daripada sudut bahasa, perkataan ini mengandungi beberapa maksud,
iaitu arah (حهجنا), jalan (قٌسطنا) atau tujuan (دصقنا). Contoh ayat (دجسمنا ىحو ةهذأ)
bermaksud saya berjalan menuju atau mengarah ke masjid. Perkataan ini juga
memberi makna sekadar seperti dalam contoh ayat (زاىٌد فنأ ىحو يدىع) yang bermaksud
52