Page 74 - Nilai Shahid al-Quran
P. 74

Kesimpulan  daripada  perbincangan  di  atas,  tidak  dapat  dinafikan  bahawa  al-Quran

                       turut dikaitkan dengan kemunculan tatabahasa Arab bahkan, ia menjadi  sebab yang


                       lebih dominan kepada asas kewujudan, pembentukan dan perkembangan ilmu ini dari

                       awal mulanya sehingga kini.




                       2.2.2.3  Perkaitan antara al-Quran dan tatabahasa Arab


                       Allah  S.W.T  menurunkan  al-Quran  sebagai  panduan  kepada  umat  manusia

                                                                                     c
                       seluruhnya,  tanpa  mengira  sempadan  tempat  dan  masa  (Al-Sa di,  2014).  Al-Quran
                       adalah  sesuai  untuk  dirujuk  dalam  semua  keadaan  dan  perkara  (Saipolbarin  et  al.,


                       2014;  Shamlul,  2006),  juga  menjadi  rujukan  utama  ilmu  pengetahuan  termasuk

                                        c
                       tatabahasa (Al-Sa di, 2014). Tidak hairanlah mengapa Allah S.W.T sendiri menjamin

                       akan memelihara al-Quran ini daripada segenap segi. Jaminan penjagaan ini difahami

                       juga termasuklah menjaganya agar kekal menjadi rujukan ilmu pengetahuan tersebut.


                       Dengan  demikian,  bagi  menjaga  dan  menjamin  mutu  ketinggian  bahasanya,  Allah

                       S.W.T  mencetuskan  perasaan  kepada  pemimpin  dan  ulama  Islam  ketika  al-Quran


                       dicemari  kotoran  al-lahn  agar  menulis  ilmu  tatabahasa.  Usaha  bersungguh-sungguh

                       ini  boleh  dikatakan  sebagai  satu  cara  bagaimana  Allah  S.W.T  menterjemahkan


                       penjagaan  al-Quran  untuk  kekal  sebagai  rujukan  dan  panduan  dalam  semua  bidang

                                                          c
                       terutama bidang bahasa Arab (Al-Sa di, 2014; Al-Suyuti, 1996).



                       Kesimpulannya, pendapat yang mengaitkan al-Quran sebagai sebab utama munculnya

                       idea  untuk  mengarang  ilmu  tatabahasa  dan  membawa  kepada  perkembangan,


                       kepesatan  dan  kemajuan  bidang  ini  adalah  wajar  berdasarkan  sebab-sebab  yang

                       berikut:






                                                               56
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79