Page 78 - Nilai Shahid al-Quran
P. 78

Pendapat  yang  mengatakan  bahawa  istilah  ini  pada  mulanya  merujuk  kepada  syair

                       diasaskan  kepada  beberapa  buah  buku  yang  dikarang  melibatkan  huraian  shahid


                       tatabahasa.  Pada  kebiasaannya  buku  tersebut  mengandungi  huraian  shahid  syair

                       sahaja.  Contoh  buku-buku  berkenaan  adalah  Sharh  Shawahid  al-Mughni,  Sharh


                       Shawahid al-Idah, Sharh Shawahid al-Kafiyah dan lain-lain lagi (Al-Mulhim, 2006).




                       Kemudian  daripada  itu  istilah  shahid  berkembang  dengan  kajian  yang  meneliti

                       penggunaan  shahid  tatabahasa  secara  umum  dan  kurang  spesifik,  iaitu  dengan

                       memasukkan ulasan SQ dan shahid lain secara bersama dalam perbincangan. Perkara


                       ini  dilakukan  oleh  Futuh  (2006)  dan  Abdul  Aziz  (Al-Mulhim,  2006)  dalam  kajian

                       perbandingan penggunaan shahid di antara sarjana tersohor tatabahasa.




                       Setelah  itu,  muncul  pula  kajian  penerokaan  penggunaan  SQ  dalam  sesebuah  karya


                       agung tatabahasa. Contohnya kajian dilakukan ke atas kitab Audah Al-Masalik, kitab

                       Al-Insaf, juzuk pertama kitab Sibawayh (Al-Mulhim, 2006) sehinggalah kepada kajian

                       c
                       i rab SQ dalam kitab-kitab utama tatabahasa, seperti kitab Sharh Qatr al-Nada yang

                                                                   c
                       dilakukan oleh Riyad  (2004)  dan  Sharh  Ibn  Aqil  yang dilakukan oleh  Muhammad
                                         c
                       Ahmad (2004) dan  Abd al-Jawwad Hussain (Al-Mulhim, 2006).



                       Akhirnya  dalam  tempoh  10  tahun  kebelakangan  ini,  kajian  SQ  tampak  dijalankan


                       dengan lebih serius dan berdiri dengan sendiri dalam bidang tatabahasa. Ada kajian

                       dilakukan  dengan  menggunakan  pendekatan  kualitatif,  iaitu  sama  ada  dengan


                       menggunakan  kaedah  analisis  dokumen  dan  analisis  kandungan  (Al-Awadi  &  Al-

                                                                                                 c
                       Asadi, 2010; Al-Dhunaybat, 2008; Al-Jasim, 2014; Al-Mulhim, 2006; Al-Sa di, 2014;
                       c Ata Allah, 2012;  Imran et al., 2014; Naji, 2008; Taqi, 2011;  Zamri  et. al., 2015),
                                         c



                                                               60
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83