Page 75 - Nilai Shahid al-Quran
P. 75
i. Al-Quran adalah kalam Allah dan rujukan utama umat Islam. Sudah
tentu usaha ke arah menjaga kalam Allah ini mendapat perhatian paling utama
dalam kalangan ulama dan sarjana Islam itu sendiri. Ini menggambarkan salah
satu cara bagaimana Allah S.W.T menjamin akan memelihara al-Quran
sehingga hari kiamat.
ii. Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran yang akan dipelajari selok-
beloknya oleh bangsa-bangsa lain yang menganut agama suci ini. Oleh yang
demikian, perlu ada kaedah tatabahasa bagi membantu golongan bukan Arab
c
( Ajam) ini memahami bahasa Arab (Ibn Jinni, 1952) seterusnya memahami isi
dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh al-Quran pada setiap tempat dan
di sepanjang zaman.
iii. Ada pendapat yang mengaitkan hubungan dan kecintaan orang Arab
kepada bahasa, budaya dan adat mereka menjadi penyebab pembentukan ilmu
tatabahasa ini. Namun pendapat ini agak lemah, memandangkan bahasa,
budaya dan adat masyarakat Arab tidak bermula dengan turunnya al-Quran.
Bahkan banyak terdapat syair Arab, khutbah dan prosa yang hebat dikarang
sebelum Islam. Persoalannya kenapa mereka menunggu sehingga al-Quran
diturunkan baharulah idea membentuk kaedah tatabahasa ini muncul dan
berkembang?
iv. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa syair Arab adalah rujukan
utama tatabahasa. Mereka berhujah bahawa para sahabat pada zaman
Rasulullah S.A.W seperti Ibnu Abbas dan Sayidina Umar Al-Khattab
57