Page 79 - Nilai Shahid al-Quran
P. 79
c
ataupun kaedah analisis koperatif dan analisis kontrastif (Al-Rashidi, 2011; Bu abbas,
2014; Futuh, 2006; Zamri & Kaseh, 2011). Tidak ketinggalan juga kajian SQ
menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah ujian pra dan pasca
melibatkan kumpulan kawalan dan rawatan (Al-Anzi, 2002; Zamri et al., 2012).
Daripada sorotan literatur ini, didapati kajian SQ menggunakan pendekatan kualitatif
berasaskan kaedah analisis dokumen dan analisis kandungan lebih dominan
berbanding pendekatan kuantitatif. Hal ini demikian kerana ramai pengkaji
memfokuskan kajian untuk meneroka SQ dalam kitab-kitab tatabahasa yang utama.
Sudah tentulah kaedah analisis kandungan berasakan analisis tekstual lebih sesuai
diguna pakai.
Keterikatan kajian SQ dengan definisi istilah ini dari segi fungsi shahid sebagai dalil
tatabahasa dan penguat hujah dalam perbincangan tatabahasa juga sedikit sebanyak
mengecilkan ruang kajian ini untuk dilakukan dalam lapangan. Namun, mutakhir ini
terdapat kajian yang melihat SQ sebagai satu istilah yang lebih umum, iaitu digunakan
sebagai fungsi contoh tatabahasa. Dengan sebab itu, mereka melakukan kajian
lapangan untuk melihat keberkesanan SQ yang digunakan dengan fungsi contoh
kaedah tatabahasa sebagaimana yang dilakukan oleh al-Anzi (2002) dan sebagai
contoh dalam memilih kosa kata bahasa Arab secara umumnya sebagaimana yang
dilakukan oleh Zamri et. al (2012).
2.2.3.2 Jenis shahid dalam tatabahasa.
Sebahagian pengkaji membahagikan shahid dalam tatabahasa Arab kepada dua jenis,
iaitu shahid tersembunyi (khafi) dan shahid jelas. Jenis yang pertama adalah shahid
61