Page 82 - Nilai Shahid al-Quran
P. 82
dengan lafaz yang mungkin telah dimasuki kesalahan al-lahn (Al-Afghani,
1957).
iii. Shahid syair
c
Shahid syair merujuk kepada prosa atau syair Arab (al-shi r) yang dipetik
sebagai shahid tatabahasa. Para sarjana sependapat bahawa syair yang dipetik
hendaklah daripada kategori syair yang diakui keasliannya dan diyakini bebas
daripada kerosakan bahasa (Said, 1957). Seperti syair jahiliah atau syair yang
dihasilkan pada zaman awal Islam. Walau bagaimanapun ada dalam kalangan
sarjana menerima syair yang dihasilkan sehingga pertengahan kurun ke-2
Hijrah dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, antaranya penyair
hendaklah daripada kalangan yang dipercayai mutu bahasanya seperti Abu
Tammam dan Bashshar bin Burd (Kamarul Shukri, 2010).
iv. Shahid prosa
Shahid dalam kategori ini terdiri daripada perumpamaan (al-mathal), kata-kata
c
hikmah (al-hikam), simpulan bahasa (jawami al-kalim) atau apa sahaja input
bahasa yang diriwayatkan daripada orang Arab yang diakui ketulenan
bahasanya (Hathat, 2006). Seperti juga syair, para sarjana telah menetapkan
beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum mengambil prosa sebagai shahid
tatabahasa. Antara syarat yang dititik beratkan adalah seperti faktor masa dan
tempat sesuatu ungkapan prosa itu dihasilkan (Kamarul Shukri, 2010).
Daripada perbincangan di atas, ada dalam kalangan pengkaji yang berselisih pendapat
tentang kedudukan atau darjat di antara satu-satu jenis shahid berbanding jenisnya
64