Page 86 - Nilai Shahid al-Quran
P. 86

langsung  dengan  ilmu  tatabahasa  (Imran  et  al.,  2014).  Oleh  yang  demikian,  boleh

                       ditegaskan bahawa ilmu tatabahasa dan istilah “khidmat kepada al-Quran” adalah dua


                       perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam disiplin ilmu ini (Jaber, 1992). Untuk itu,

                       SQ digunakan dalam tatabahasa bagi membuktikan ketepatan ilmu ini adalah sejajar


                       dengan kefasihan al-Quran (Adnan Suemae, 2005).




                       Sekiranya  diperhalusi  lagi,  al-Qudama  pada  awalnya  menggunakan  shahid  syair

                       dalam tatabahasa dengan tujuan membuktikan al-Quran itu bebas daripada al-lahn. Al-

                       lahn boleh dianggap sebagai virus bahasa sedangkan al-Quran itu dijamin kesuciannya


                       oleh  Allah.  Status  kesempurnaan  al-Quran  pula  kekal  sehingga  ke  hari  kiamat.

                       Daripada  status  ini,  al-Qudama  membuat  kesimpulan  bahawa  al-lahn  adalah


                       kesalahan  para  pembaca  al-Quran.  Merekalah  yang  telah  terpengaruh  dengan  virus

                       bahasa sama ada dalam pertuturan biasa merebak kepada pembacaan al-Quran.




                       Sebagai membuktikan kesahihan al-Quran dan keburukan al-lahn, al-Qudama tampil


                       membawa shahid syair dan prosa. Usaha ini bagi menarik perhatian umat pada masa

                       itu  melihat  ke  dalam  syair  dan  prosa  yang  tidak  terkena  tempias  al-lahn.  Sangat


                       buruklah keadaannya jika umat mula membaca al-Quran dengan dipengaruhi oleh al-

                       lahn,  sedangkan  syair  dan  prosa  yang  diwarisi  turun  temurun  bebas  daripada

                       kerosakan sedemikian rupa. Oleh sebab itu, usaha memurnikan al-Quran daripada al-


                                                                                                       c
                       lahn  dikatakan  sebagai  khidmat  kepada  al-Quran  dan  bukannya  suatu  bid ah
                          c
                       (Bu abbas, 2014).



                       Berbeza  dengan  zaman  al-Muhdathin  sewaktu  penggunaan  SQ  telah  disepakati


                       kesahihannya, iaitu pada zaman al-Quran telah dinobatkan sebagai sumber atau input



                                                               68
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91