Page 89 - Nilai Shahid al-Quran
P. 89

itu  pada  zaman  permulaan.  Sudah  tentu  beliau  menggunakan  shahid  syair  bagi

                       meneguhkan  susunan  ayat  (tarkib)  bahasa  Arab  terutama  yang  ada  hubungannya


                                           c
                       dengan Al-Quran (Bu abbas, 2014).



                       Sebab  kedua  adalah  kerana  syair  Arab  tentunya  mengandungi  lebih  banyak

                       perbahasan yang terkeluar daripada qiyas kaedah tatabahasa berbanding al-Quran. Hal


                       ini  demikian  disebabkan  oleh  ketidakstabilan  gaya  bahasa  syair  daripada  seorang

                       penyair kepada penyair yang lain. Selain itu, ramai dalam kalangan sarjana tatabahasa

                       berpendapat bahawa syair Arab turut dikarang dengan tidak menepati kaedah dikenali


                                          c
                       sebagai darurah shi riyyah. Bukan itu sahaja, selain shahid syair digunakan atas dasar
                       darurah, shahid syair turut dikesan mengandungi riwayat yang ditolak, atau riwayat


                       berdasarkan  sangkaan  atau  kesalahan,  atau  penyair  yang  tidak  dikenali  bahkan  ada

                       juga syair diriwayatkan dalam bahasa yang tidak ketahui asal usulnya (Al-Dhunaybat,


                       2008).  Sebaliknya  al-Quran  yang  bersumberkan  Allah  s.w.t.  itu  mustahil  terdapat

                       kesalahan padanya dan ia tidak terlibat dengan darurah seperti syair.




                       Tambahan  pula,  terdapat  kajian  mendapati  hanya  174  daripada  jumlah  lebih  1000


                       shahid syair yang benar-benar dikira sebagai hujah tatabahasa dalam kitab Sibawayh,

                                                                           c
                       apabila ditolak shahid syair berbentuk darurah (Al-Sa di, 2014).



                       Sebab ketiga berkaitan isu bilangan shahid syair lebih banyak dalam karya al-Qudama

                       adalah  berkaitan  kebimbangan  mereka  sendiri.  Sebagai  contoh,  Sibawayh  bimbang


                       jika beliau tidak merakamkan sejumlah syair yang diingatinya dalam karya al-Kitab,

                       maka bait syair yang diwarisi daripada para gurunya akan hilang begitu sahaja (Imran


                       et al., 2014).



                                                               71
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94