Page 91 - Nilai Shahid al-Quran
P. 91

2006).  Perkataan  Ibnu  Abbas  “gharib  al-Qur‟an”  sebenarnya  menjelaskan  bahawa

                       syair adalah rujukan tafsiran kepada makna bukannya tatabahasa.




                       Berlainan pula dengan al-Muhdathin seperti Ibn Babshadh (m.469H), Ibn Fallah Al-

                                                                    c
                       Yamani  (680H),  Ibn  Hisham  (m.761H),  Ibn  Aqil  (m.769H)  dan  lain-lain.  Mereka

                       hidup pada zaman ilmu tatabahasa telah teguh berdiri sebagai satu bidang ilmu malah


                       menaungi  bidang  ilmu  yang  lain  (Al-Hashimi,  1998).  Hal  ini  menjadikan  Ibn

                       Babshadh lebih banyak menggunakan SQ berbanding syair (Al-Mulhim, 2006), begitu

                                                                                                       c
                       juga  Ibn  Fallah  al-Yamani  (Al-Awadi  &  Al-Asadi,  2010),  Ibn  Hisham  (Al-Sa di,

                                                                           c
                       2014;  Gully,  1995;  Zamri  &  Kaseh,  2011)  dan  Ibn  Aqil  (Zamri,  1999).  Logiknya
                       kerana  pada  masa  itu,  mungkin  jumlah  hafalan  bait-bait  syair  oleh  mereka  telah


                       berkurangan  berbanding  al-Qudama  seperti  Sibawayh,  di  samping  penerimaan

                       masyarakat  kepada  rujukan  al-Quran  pada  masa  itu  tidak  perlu  dirujuk  semula


                       ketepatannya kepada bait-bait syair.




                       Begitulah  hal  seterusnya  apabila  diselidiki  beberapa  karya  tatabahasa  sehingga  ke

                       zaman  SA,  penggunaan  SQ  tentunya  lebih  banyak  bilangannya  berbanding  shahid


                       syair  (Adnan  Suemae,  2005;  Zamri  et  al.,  2015)  berdasarkan  rasional  seperti  yang

                       disebutkan di atas.




                       2.2.3.4  Bentuk kajian shahid dalam tatabahasa Arab

                       Sejarah  kajian  shahid  dalam  tatabahasa  Arab  dikatakan  bermula  apabila  al-Nuhhas


                       mengarang sebuah kitab menghuraikan shahid tatabahasa yang terdapat dalam karya

                                      c
                       Sibawayh  (Jum ah,  2009).  Namun,  sejak  lebih  tiga  dekad  terakhir  ini,  secara  lebih

                       tepat  dengan  lahirnya  teori  Nahu  Al-Quran  oleh  al-Ansari  (1984)  dan  berterusan



                                                               73
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96