Page 93 - Nilai Shahid al-Quran
P. 93
meninjau penggunaan shahid tatabahasa oleh kedua-dua sarjana dalam kalangan al-
Qudama dan al-Muhdathin. Kajian beliau berjudul Al-Shahid al-Nahw bayn Kitabay
c
c
Ma ani al-Huruf li al-Rummani wa Rasf al-Mabani fi Sharh Huruf al-Ma ani li al-
Malaqi. Al-Rummani (296H) mewakili sarjana dalam kalangan al-Qudama, manakala
al-Malaqi (m.690H) mewakili sarjana dalam kalangan al-Muhdathin. Kajian ini
adalah sebuah tesis sarjana dari Universiti al-Najah, Palestin. Dapatan kajian ini
menjelaskan bahawa kedua-dua sarjana lebih banyak menggunakan shahid syair
dalam karya mereka berbanding shahid daripada jenis-jenis yang lain (Futuh, 2006).
Selain Futuh, sebuah kajian yang agak terkini dalam bidang shahid secara umum ini
telah dilakukan oleh al-Rashidi (2011). Beliau turut melakukan kajian bandingan
c
dengan tajuk Al-Shahid al-Nahwi ind al-Muradi fi Kitabihi Tawdih al-Maqasid wa
al-Masalik wa Ibn Hisham fi Kitabihi Audah al-Masalik. Cuma kajian ini melibatkan
kedua-kedua tokoh dalam kalangan al-Muhdathin yang hidup dalam satu zaman, iaitu
al-Muradi (m.749H) dan Ibn Hisham (m.761H). Al-Rashidi menganalisis kesemua
shahid tatabahasa dalam dua buah korpus tersebut dengan membahagikan kajiannya
c
mengikut bab berdasarkan perbahasan tatabahasa sama ada al-Marfu at, al-Mansubat
dan al-Majrurat. Di samping itu beliau juga turut melihat kepada Asalib al-
Nahwiyyah. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa Ibn Hisham banyak
terpengaruh dengan Al-Muradi dalam penulisan walaupun penggunaan shahid syair
lebih ketara dalam karya Al-Muradi (Al-Rashidi, 2011).
Selain daripada kajian yang meneliti shahid dalam tatabahasa secara umum seperti
yang disebutkan di atas, terdapat juga kajian yang melakukan huraian terhadap shahid
yang digunakan dalam karya beberapa tokoh tatabahasa terkemuka. Kajian berkenaan
75