Page 95 - Nilai Shahid al-Quran
P. 95
yang pertama lagi, iaitu pada mengenal al-kalimah dan bahagian-bahagiannya
seterusnya sehingga ke akhir bab (Zamri, 2010).
2.2.4.1 Pandangan sarjana terhadap SQ dalam tatabahasa
Sebahagian besar sarjana sependapat bahawa al-Quran adalah rujukan utama bahasa
c
dan tatabahasa Arab (Adnan Suemae, 2005; Al-Ansari, 1984; Al-Sa di, 2014; Zamri
& Kaseh, 2011) bahkan boleh dijadikan rujukan utama merentasi ilmu pengetahuan,
zaman dan keadaan (Saipolbarin et al., 2014; Shamlul, 2006). Hal ini secara tidak
langsung telah menjadikan SQ berada di kedudukan yang paling tinggi sebagai
rujukan dalam bidang tatabahasa.
Al-Quran adalah sumber yang bersih (Al-Nayilah, 1976) dengan sifatnya memiliki
tahap periwayatan yang paling dipercayai (Hathat, 2006). Al-Quran boleh dijadikan
11
hujah dengan semua qiraatnya yang mutawatir , bahkan ada dalam kalangan sarjana
mengesahkan qiraat al-Quran yang shadh juga boleh dijadikan hujah dalam
tatabahasa, hatta walaupun tidak menepati qiyas yang biasa (Al-Suyuti, 2006).
c
Sarjana tatabahasa merujuk al-Quran dalam membina kaedah i rab di samping
mengetahui salah atau betulnya sesuatu ujaran (Al-Suyuti, 1996). Editor kitab Al-
Iqtirah fi Usul al-Nahw karangan al-Suyuti turut bersetuju bahawa al-Quran
merupakan satu-satunya sumber utama yang boleh menjaga kualiti dan keaslian
11 Al-Suyuti telah mengakategorikan qiraat al-Quran kepada enam, iaitu mutawatir, mashhur, ahad,
c
shadh, maudu dan mudarraj. Beliau juga meriwayatkan daripada al-Bulqini bahawa qiraat mutawatir
adalah yang disandarkan kepada tujuh qiraat yang masyhur manakala ahad kepada tiga lagi qiraat yang
menjadikan 10 qiraat yang disepakati kesahihannya (Al-Suyuti, 1996). Al-Quran Rasm Uthmani yang
masyhur pada hari ini adalah salah satu daripada qiraat mutawatir yang tidak pernah diragui
c
c
kesahihannya oleh ulama Islam zaman berzaman (qira‟at Hafs an Asim).
77