Page 96 - Nilai Shahid al-Quran
P. 96

bahasa  Arab,  sebagaimana  ia  juga  berfungsi  sebagai  agen  penyatu  yang  dapat

                       merungkai segala perselisihan dalam bahasa ini (Al-Suyuti, 2006).




                       Apa yang dapat difahami di sini adalah al-Quran telah diterima sebagai shahid dalam


                       tatabahasa  secara  sebulat  suara  (tanpa  perselisihan)  kerana  ia  dirujuk  bagi  meneliti

                       ketepatan susunan sesuatu ujaran dalam bahasa Arab (Al-Mulhim, 2006). Tidak ada


                       susunan  lain  dalam  bahasa  Arab  yang  bermutu  tinggi  jika  hendak  dibandingkan

                       dengan  susunan  al-Quran.  Oleh  sebab  itulah,  al-Suyuti  telah  menegaskan  bahawa

                       selagi sesuatu qira‟at al-Quran itu mempunyai riwayat walaupun shadh maka tetap


                       boleh  dijadikan  hujah.  Beliau  turut  berpendapat  bahawa  mustahil  para  sahabat

                       Rasulullah  s.a.w  boleh  berbohong,  apatah  lagi  menokoh-tambah  dalam  bacaan  al-


                       Quran, sementelah al-Quran itu sendiri dalam pemeliharaan Allah (Al-Suyuti, 2006).




                       Oleh sebab itulah ramai dalam kalangan sarjana tatabahasa bersetuju bahawa al-Quran

                       adalah shahid utama bidang ini. Tidak ada satu sumber yang dikarang dalam bidang

                                                                                           c
                       tatabahasa  tidak  mengambil  al-Quran  sebagai  shahid  utamanya  (Jum ah,  2009).  Ini

                       bermaksud  semua  kaedah  tatabahasa  perlu  tunduk  kepada  al-Quran  dan  bukan


                       sebaliknya al-Quran perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan qiyas dalam tatabahasa.



                       Perkara inilah yang ditegaskan oleh Al-Ansari (1984) bahawa tidak ada istilah qiraat


                       al-Quran  yang  terkeluar  daripada  tatabahasa,  walaupun  qiraat  itu  berstatus  shadh.

                       Sebaliknya  pula,  kenyataan  dalam  tatabahasa  itulah  yang  perlu  dimurnikan  sedaya


                       mungkin agar ia selari dengan al-Quran, seperti mengkategorikan kaedah tatabahasa

                       kepada “banyak keadaan dalam tatabahasa” dan “sedikit keadaan dalam tatabahasa”.

                                                                                             c
                       Sebagai contoh, boleh disandarkan idha al-shartiyyah kepada jumlah fi liyyah dalam



                                                               78
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101