Page 92 - Nilai Shahid al-Quran
P. 92
sehingga kini, kajian shahid dalam tatabahasa telah menjadi begitu popular dan
menarik. Ada dalam kalangan pengkaji yang menerbitkan buku khusus
membincangkan shahid tatabahasa dengan terperinci di samping terdapat lebih 20
kajian akademik sama ada di peringkat ijazah sarjana mahupun doktor falsafah
melibatkan kajian shahid dalam bidang ini.
Antara sumber yang membicarakan shahid dalam tatabahasa ialah sebuah buku
karangan al-Nayilah (1976) yang berjudul Al-Shawahid wa al-Istishhad fi al-Nahw.
Bermula dengan memberikan definisi shahid dari segi bahasa dan istilah, beliau
seterusnya membincangkan jenis shahid serta fungsi-fungsinya secara umum tanpa
c
mengaitkannya dengan mana-mana karya. Usaha beliau diikuti oleh Id (1988) dengan
buku berjudul al-Istishhad wa al-Ihtijaj bi al-Lughah dan al-Bakri (1990) dengan
karya Al-Shawahid al-Nahwiyyah. Buku-buku ini telah menjadi rujukan utama para
pengkaji. Tidak ketinggalan beberapa sarjana mengarang buku khusus berdasarkan
kajian mereka terhadap karya utama tatabahasa. Contohnya al-Hudaythi (1974) dan
Hathat (2006) masing-masing menerbitkan sebuah buku hasil kajian mereka terhadap
shahid tatabahasa dalam karya Al-Kitab karangan Sibawayh. Buku karangan al-
Hudaythi berjudul Al-Shahid wa Usul al-Nahw fi Kitab Sibawayh, manakala Hathat
menghasilkan karya berjudul Al-Istidlal al-Nahw fi Kitab Sibawayh wa Atharuh fi
Tarikh al-Nahw.
Selain daripada buku di atas, kini kajian shahid telah mengorak langkah dengan lebih
luas apabila ia turut menarik minat pengkaji tatabahasa di peringkat Universiti.
Sebagai contoh, Futuh (2006) telah melakukan kajian perbandingan penggunaan
shahid tatabahasa dalam dua buah karya utama dalam bidang ini. Beliau cuba
74