Page 88 - Nilai Shahid al-Quran
P. 88

Kesimpulannya,  keperluan  memilih  shahid  tatabahasa  antara  al-Qudama  dan  al-

                       Muhdathin sama ada kepada syair ataupun al-Quran adalah dua keadaan yang berbeza.


                       Setiap satunya sesuai mengikut keadaan atau isu semasa pada zaman mereka. Sewaktu

                       lahirnya  al-lahn,  mereka  yang  memiliki  keupayaan  bahasa  yang  tinggi  pun  boleh


                       tersalah  dalam  berbicara,  sehingga  kesalahan  berkenaan  dikesan  merebak  masuk

                       dalam membaca al-Quran yang maha suci. Oleh itu mereka perlukan syair yang masih


                       segar  dalam  ingatan  bagi  membuktikan  kesalahan  tersebut  adalah  isu  baharu.

                       Sebaliknya  pada  masa  kini,  isunya  adalah  para  pelajar  yang  belum  memiliki

                       keupayaan berbahasa. Maka sudah tentulah mereka perlukan rujukan al-Quran yang


                       terbukti  sebagai  input  bahasa  yang  paling  tinggi  dan  bebas  daripada  sebarang

                       kecacatan dengan jaminan Tuhan. Namun  dalam  apa jua situasi,  alasan  al-Qudama


                       merujuk  kepada  shahid  syair  tidak  sedikit  pun  mengurangkan  pandangan  tinggi

                       mereka terhadap al-Quran.




                       Penelitian seterusnya adalah kepada isu bilangan shahid syair dalam karya al-Qudama


                       yang terlalu banyak sehingga mengatasi kuantiti SQ. Sebagai contoh, kitab Sibawayh

                       menghidangkan bilangan shahid syair lebih banyak berbanding jumlah SQ. Faktor ini


                       juga menjadi alasan dan tuduhan bahawa al-Qudama tidak mementingkan rujukan al-

                       Quran dalam tatabahasa berbanding al-Muhdathin (Al-Ansari, 1984).




                       Berdasarkan pembacaan, terdapat beberapa faktor yang menjadikan shahid syair lebih

                       banyak atau lebih terserlah dalam karya al-Qudama berbanding SQ. Pertama kerana


                       faktor al-lahn yang dikesan pada zaman permulaan sebagaimana dibincangkan di atas.

                       Sebagai  contoh,  terdapat  kajian  telah  membuktikan  bahawa  Sibawayh  banyak


                       menggunakan shahid syair dalam al-Kitab kerana beliau mengarang karya tatabahasa



                                                               70
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93