Page 83 - Nilai Shahid al-Quran
P. 83
yang lain dalam penghujahan tatabahasa. Seperti ada yang berpendapat shahid syair
lebih dominan berbanding SQ (Fida Hamdi, 2006) atau SQ lebih utama berbanding
shahid syair (Al-Ansari, 1984; Al-Awadi & Al-Asadi, 2010; Al-Mulhim, 2006; Al-
Rashidi, 2011; Imran et al., 2014; Ismail, 1985; Zamri et al., 2015). Sesetengah
sarjana pula tidak mengambil Hadis sebagai shahid tatabahasa kerana apa yang
diriwayatkan melalui Hadis adalah makna bukannya subjek atau bahasa (Al-Afghani,
1957; Kamarul Shukri, 2010). Mereka seterusnya meletakkan shahid Hadis lebih
rendah daripada SQ malah syair. Hal ini demikian kerana fokus shahid tatabahasa
adalah lafaznya. Perkara ini boleh diperhatikan dalam kitab utama tatabahasa yang
mempersembahkan bilangan shahid Hadis yang amat minima (Dajlan, 1987; Zamri &
Kaseh, 2011; Zamri, 1999).
Tidak kurang sarjana yang berpandangan bahawa, oleh kerana Hadis adalah salah satu
sumber penting agama Islam, mereka menjadikan kedudukan shahid Hadis selepas SQ
tetapi mengatasi kedudukan shahid syair dan prosa (Hathat, 2006).
Namun apa yang pasti, para pengkaji sependapat mengatakan bahawa shahid prosa
adalah kategori yang paling bawah berbanding jenis shahid yang lain. Hal ini
berdasarkan penggunaan shahid prosa yang berkurangan dalam karya utama
tatabahasa. Selain itu kedudukan shahid prosa selalunya diletakkan di akhir
perbincangan shahid tatabahasa oleh para pengkaji. Dari segi keutamaan, Ibn Siraj
(m.316H) juga meletakkan SQ berada pada martabat yang pertama dengan
kepelbagaian qiraatnya, diikuti shahid syair, Hadis dan terakhir pepatah Arab (Al-
c
Sa di, 2014).
65