Page 85 - Nilai Shahid al-Quran
P. 85

v.     Al-Quran adalah mukjizat  Nabi Muhammad s.a.w  yang sarat dengan

                              ilmu pengetahuan terutama ilmu berkaitan bahasa Arab. Kemungkinan petikan


                              shahid  daripada  al-Quran  mengandungi  makna  tersirat  tertentu  yang  ingin

                              disampaikan.  Ini  bererti,  di  samping  mengajar  tatabahasa  pelajar  akan  turut

                                                                                      c
                              dibekalkan dengan ilmu lain yang berkaitan seperti ilmu i jaz al-Quran, bayan

                              al-Quran, balaghah al-Quran dan sebagainya. Aspek kemukjizatan seperti ini


                              sudah  tentu  boleh  mengundang  perasaan  tunduk  dan  patuh  manusia  kepada

                              kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Perkara ini tidak terdapat pada  shahid

                              yang dipetik daripada jenis yang lain.




                                                                                        10
                       2.2.3.3  Shahid tatabahasa antara al-Qudama dan al-Muhdathin .

                       Sarjana  tatabahasa  silam  (al-Qudama)  bertungkus  lumus  membina  kaedah  dalam

                       disiplin  ilmu  ini  bermula  awal  abad  pertama  Hijrah  lagi  (Hafni,  2008).  Salah  satu


                       tujuan  pentingnya  adalah  untuk  memelihara  al-Quran  daripada  dicemari  kesalahan

                       bacaan  atau  apa  yang  diistilahkan  sebagai  al-Lahn  sebagaimana  yang  disebut


                       terdahulu.  Tambahan  pula  pemeliharaan  bahasa  Arab  sekali  gus  merupakan

                       pemeliharaan kepada kefasihan al-Quran (Kamarul Shukri, 2010).




                       Oleh kerana itu, al-Qudama menganggap usaha mereka itu sebagai ibadah yang wajib

                       demi menjaga agama Islam di samping mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.


                       Selain itu, mereka berusaha pula memahami kandungan kitab suci berkenaan dengan

                                        c
                       mendalami ilmu i rab, ilmu susun atur (tarkib) dan apa sahaja yang berkaitan secara


                       10
                          Al-Qudama  dalam  kajian  ini  merujuk  kepada  para  sarjana  yang  hidup  dalam  tiga  kurun  pertama
                       hijrah (sehingga tahun 299H), iaitu kurun terbaik sebagaimana makna sebuah Hadis yang diriwayatkan
                       daripada Baginda  Rasulullah  S.A.W. Ia selari dengan kenyataan  Al-Ansari  (1984) yang  menamakan
                       Sibawayh  (m.180H)  sebagai  salah  seorang  daripada  al-Qudama.  Selain  itu,  ada  dalam  kalangan
                       pengkaji  yang  berpendapat  tahap  pengasasan,  perkembangan,  permunian  dan  kematangan  ilmu
                       tatabahasa berakhir pada akhir kurun ke 3 Hijrah (Kamarul Shukri, 2010). Al-Muhdathin pula merujuk
                       kepada para sarjana yang hidup selepas tiga kurun tersebut dan berterusan sehingga kini.
                                                               67
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90