Page 87 - Nilai Shahid al-Quran
P. 87
bahasa yang paling sempurna, paling tinggi lagi dan paling sahih. Sudah tentulah
apabila mereka ingin memperbetulkan kaedah, mengemaskinikan susunan,
c
menentukan baris akhir dalam i rab, al-Muhdathin akan merujuk kepada
penggunaannya dalam al-Quran. Mereka sudah tidak lagi merujuk kepada syair dan
prosa sebagaimana al-Qudama melainkan hanya sebagai pengukuhan.
Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa di sisi al-Qudama bahasa al-Quran
itu adalah paling tepat berdasarkan pengamatan mereka kepada syair Arab yang masih
segar dalam ingatan. Manakala di sisi al-Muhdathin pula, al-Quran perlu diambil
sebagai rujukan utama di samping syair sebagai rujukan peneguhan. Selain itu, boleh
juga dikatakan bahawa asas kajian tatabahasa di sisi al-Qudama adalah berkait rapat
dengan isu al-lahn, sedangkan asas kajian al-Muhdathin pula adalah ilmu berkait
tatabahasa itu secara langsung.
Menggunakan SQ pada masa kini adalah asas kerana jika merujuk kepada syair atau
prosa, seolah-olah sarjana kini berbalik semula ke zaman silam di mana al-lahn mulai
muncul. Hal ini demikian kerana dahulunya subjek yang dikesan adalah kesalahan
dalam berbicara. Manakala pada masa kini isunya adalah para pelajar yang tidak tahu
cara atau kaedah berbicara. Sudah semestinya mereka memerlukan rujukan yang
paling sempurna, paling fasih dan diakui input bahasa yang paling bermutu tinggi,
iaitu al-Quran. Tidak kiralah sama ada pelajar itu asal keturunan Arab lebih-lebih lagi
mereka yang bahasa ibundanya bukan Arab, kerana tiada manusia yang lahir ke dunia
ini lengkap dengan ilmu bahasa dan tatabahasanya.
69