Page 90 - Nilai Shahid al-Quran
P. 90
Selain itu, terdapat dakwaan bahawa al-Qudama lebih mengutamakan shahid syair
dalam karya tatabahasa. Pandangan ini juga kurang tepat kerana jika diteliti karya
Sibawayh, iaitu al-Kitab sebagai karya yang agung, beliau sememangnya telah
menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dan bukan sebaliknya (Al-Hudaythi,
1974). Perkara ini telah ditegaskan sendiri oleh Sibawayh dalam al-Kitab dengan
kenyataan “سٍثك نآسقنا ًف بسضنا ارهو” dan “سٍثك نآسقنا ًف ىحىنا ارهو” yang bermaksud: “Bagi
mereka yang ingin mendapatkan contoh yang lebih maka rujuklah al-Quran” (Imran et
al., 2014).
Sebab keempat yang menjadikan shahid syair tampak lebih mendominasi karya
tatabahasa al-Qudama kerana shahid syair turut digunakan bagi menjelaskan
kesamaran perkataan al-Quran. Hal ini sememangnya ditegaskan oleh para sarjana
c
dalam bidang ulum al-Quran bahawa perkataan al-Quran itu bermula dengan makna
yang diketahui umum kemudian berakhir dengan makna yang tidak diketahui
melainkan Allah, terutama perkataan yang terdapat dalam ayat-ayat al-mutashabihat
(Nasrullah, 2015). Oleh itu, bagi menghuraikan makna perkataan inilah maka al-
Qudama membawakan shahid syair. Tujuannya adalah untuk menjelaskan makna
bukan sebagai shahid atau dalil tatabahasa (Al-Mulhim, 2006).
Sehubungan dengan itu, tindakan menggunakan syair bagi menjelaskan lafaz al-Quran
itulah yang dapat difahami daripada kata-kata Ibnu Abbas (seorang sahabat yang
digelar oleh Nabi S.A.W sebagai pentafsir terbaik bagi al-Quran selepas Baginda):
“Sekiranya kamu bertanyakan kepadaku apa-apa makna di sebalik lafaz al-Quran yang
asing bagi kamu (gharib al-Qur‟an), maka rujuklah terlebih dahulu kepada syair,
kerana ia adalah rujukan (diwan) bagi orang Arab (sejak zaman berzaman)” (Hathat,
72