Page 84 - Nilai Shahid al-Quran
P. 84

Daripada perbincangan kedudukan shahid dalam tatabahasa di atas, kajian ini ingin

                       menyokong  pendapat  yang  meletakkan  kedudukan  SQ  mengatasi  lain-lain  shahid


                       tatabahasa. Ia adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang berikut:




                              i.     Al-Quran adalah kalam Allah yang tidak dimasuki sebarang cacat cela.

                              Perkara ini ditegaskan sendiri oleh al-Quran (QS Fussilat, 41:42). Malah kalam


                              Allah selaku yang Maha Pencipta (al-Khaliq) tidak dapat dibandingkan sedikit

                              pun dengan mana-mana kalam makhluk walaupun dari segi  zahir ia bersifat

                              dengan  keaslian  seperti  syair  yang  dituturkan  sebelum  kedatangan  al-Quran


                              (Hathat, 2006; Kamarul Shukri, 2010).




                              ii.    Al-Quran disepakati oleh para sarjana bahawa ia adalah input bahasa

                                                             c
                              Arab  yang  paling  utama  (Al-Sa di,  2014;  Al-Ansari,  1984;  Zamri  &  Kaseh,

                              2011). Penurunan al-Quran pula adalah dalam bahasa Arab yang fasih (QS Al-

                                 c
                              Shu ara‟,  26:195;  Al-Nahl,  16:103;  Yusuf,  12:2).  Tambahan  lagi  al-Quran

                              diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, individu yang diakui sebagai orang yang

                              paling  fasih berbahasa Arab  (Al-Lughawi, 1955; Kamarul Shukri, 2010; Al-


                              Afghani, 1957).



                              iii.   Al-Quran diturunkan dan diriwayatkan secara mutawatir sejak zaman


                              permulaan Islam, bebas daripada unsur kecacatan dalam berbahasa dan bebas

                              daripada virus bahasa, iaitu al-lahn (Kamarul Shukri, 2010).




                              iv.    Al-Quran  dijamin  oleh  Allah  akan  kekal  sempurna  sehingga  ke  hari


                              kiamat (QS Al-Hijr, 15:9).



                                                               66
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89