Page 81 - Nilai Shahid al-Quran
P. 81

Daripada  perbincangan  di  atas,  dapatlah  dibuat  kesimpulan  bahawa  shahid  dalam

                       tatabahasa boleh dikelaskan kepada empat jenis yang utama; iaitu SQ, shahid Hadis,


                       shahid syair dan shahid prosa. Kesemua jenis shahid ini akan dijelaskan sebagaimana

                       yang berikut:




                              i.     Shahid al-Quran (SQ)


                              SQ adalah ayat al-Quran atau sebahagian daripada ayat al-Quran yang dipetik

                              sebagai  shahid  tatabahasa.  Penghujahan  al-Quran  tidak  mendapat  tentangan

                              daripada  jumhur  sarjana  tatabahasa,  malah  mereka  menerima  segala  bentuk


                              qiraat  al-Quran  yang disahkan sebagai  mutawatir (diriwayatkan secara turun

                                                                                                  c
                              temurun dalam bentuk sanad yang tidak terputus) seperti qira‟at al-sab ah (Al-

                              Afghani, 1957; Busura, 1997; Hathat, 2006; Kamarul Shukri, 2010).




                              ii.    Shahid Hadis

                              Shahid  Hadis  adalah  petikan  Hadis  Nabi  Muhammad  s.a.w  yang  dijadikan


                              hujah  dalam  tatabahasa.  Kebanyakan  sarjana  bersepakat  bahawa  Hadis  Nabi

                              juga  boleh  diambil  sebagai  shahid  bahkan  ada  di  antara  mereka  yang


                              meletakkannya  pada  tingkat  kedua  selepas  al-Quran  (Al-Afghani,  1957).  Ini

                              berdasarkan  kepada  pengakuan  Nabi  s.a.w  sendiri  bahawa  bahasa  Arab

                              Baginda  bersifat  ketinggian,  keindahan,  kefasihan  dan  ketulenan  (Kamarul


                              Shukri, 2010). Cuma ada dalam kalangan sarjana meletakkan syarat yang ketat

                              bagi penghujahan Hadis. Hal ini demikian kerana Hadis diriwayatkan secara


                              makna  bukannya  lafaz  berdasarkan  larangan  Nabi  s.a.w  agar  Hadis  tidak

                              ditulis  pada  zaman  penurunan  al-Quran  bahkan  ditulis  pada  zaman  sahabat







                                                               63
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86