Page 76 - Nilai Shahid al-Quran
P. 76

c
                              menggunakan  istilah  syair  sebagai  Diwan  Al- Arab  (Kamarul  Shukri,  2010).
                              Namun  mengaitkan  pendapat  ini  dengan  rangsangan  awal  kelahiran  ilmu


                              tatabahasa adalah lemah. Hal ini demikian kerana apa yang difahami daripada

                              gesaan para sahabat Nabi tersebut adalah perbuatan merujuk makna perkataan


                              yang tidak difahami daripada al-Quran (gharib al-Quran) kepada syair Arab

                              (Makram,  1987).   Sedangkan  ilmu  tatabahasa  membahaskan  permasalahan

                                                                                            9
                              susunan  (al-tarkib)  bukannya  makna  perkataan  semata-mata .  Keindahan,

                              keelokan dan ketepatan susunan inilah yang tidak terdapat dalam mana-mana

                              sumber  bahasa  Arab  yang  diungkapkan  oleh  manusia  melainkan  al-Quran,


                              kerana  ia  adalah  kalam  Allah  S.W.T  (Hathat,  2006).  Kehebatan  susunan  al-

                              Quran  ini  jugalah  yang  melemahkan  bangsa  Arab  silam  walaupun  mereka


                              fasih dalam berbahasa, dan perkara ini telah membuktikan al-Quran itu sendiri

                              sebagai mukjizat (Al-Samarai, 2000).




                              v.     Pendapat  yang  menyandarkan  sebab  kemunculan  ilmu  tatabahasa  ini


                              adalah  al-lahn  semata-mata  juga  agak  lemah.  Hal  ini  demikian  kerana,

                              walaupun al-lahn telah dikesan timbul pada zaman Rasulullah S.A.W lagi (Al-


                              Lughawi,  1955)  tetapi  tidak  ada  satu  Hadis  pun  yang  menggesa  agar  umat

                              Islam  membentuk  satu  kaedah  tertentu  bagi  mempertahankan  bahasa  ini

                              daripada  kerosakan  tersebut.  Apa  yang  difahami  daripada  isu  ini  ialah


                              walaupun al-lahn itu telah timbul pada zaman Rasulullah dan Baginda sedar

                              akan  perkara  tersebut,  tetapi  selagi  kerosakan  al-lahn  tidak  mencermarkan







                                                      c
                       9   Al-Suyuti  dalam  kitab  Al-Itqan  fi  ulum  al-Quran  menegaskan  bahawa  penggunaan  istilah  i rab
                                                                                                       c
                       kepada perkataan al-Quran yang terdapat pada Hadis Ibn Umar adalah dengan mencari makna kepada
                                             c
                       lafaz berkenaan bukannya i rab seperti mana yang difahami daripada istilah para ahli tatabahasa (Al-
                       Suyuti, 1996).
                                                               58
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81