Page 72 - Nilai Shahid al-Quran
P. 72
berkaitan bahan kajian yang berkenaan (Al-Tantawi, n.d.). Walaupun gesaan
mengetahui asal usul sesuatu itu amat penting terutama dalam disiplin ilmu
pengetahuan (Al-Lughawi, 1955) namun ada dalam kalangan pengkaji tatabahasa
mengesyorkan bahawa apa yang penting adalah kandungan ilmu tatabahasa itu sendiri
tanpa perlu bersusah payah merujuk kepada hikayat bagaimana ilmu berkenaan
muncul, berkembang dan sebagainya. Hal ini demikian bagi mengelak timbulnya
perselisihan pendapat dalam perkara cabang, bukan pada perkara asas bidang ilmu itu
sendiri (Mumtahin, 1969). Sementelah pula sejarah kemunculan ilmu tatabahasa ini
tidak dapat dipastikan secara muktamad, melainkan perkhabaran melalui riwayat-
riwayat yang tidak tersusun (Hathat, 2006). Walau bagaimanapun, didapati banyak
tulisan dan buku-buku berkaitan tatabahasa, terutama kajian akademik akan menyorot
paling kurang secara ringkas akan sejarah ilmu ini.
Sejarah kelahiran tatabahasa Arab boleh dilihat berdasarkan kepada beberapa faktor.
Para pengkaji tatabahasa memang mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap
faktor tersebut. Antara faktor kelahiran tatabahasa yang disebut dalam beberapa kajian
adalah seperti, faktor agama dan bukan agama, faktor kemajuan dan bangsa (Dayf,
1968), faktor bahasa dan faktor sosial (Kamarul Shukri, 2010). Perbezaan pandangan
ini mungkin disebabkan fokus yang diberikan oleh seseorang pengkaji dalam
kajiannya. Sebagai contoh, pengkaji yang memfokuskan kepada menghuraikan
keindahan, kehebatan, kemukjizatan al-Quran dari sudut bahasanya, sudah tentu akan
melihat kepada faktor agama merupakan pencetus kepada kelahiran ilmu tatabahasa
(Al-Suyuti, 2006). Berbeza dengan sarjana yang hanya memfokuskan kepada subjek
tatabahasa semata-mata, seperti perbezaan pandangan antara mazhab-mazhab
tatabahasa yang terdiri daripada aliran Kufah, Basrah, Mesir dan sebagainya, sudah
54