Page 68 - Nilai Shahid al-Quran
P. 68

Cuma  yang jelas daripada kajian berkenaan,  SQ  hanya dilihat timbul sebagai  salah

                       satu  daripada  jenis  shahid  tatabahasa.  Perbincangan  fungsi  SQ  juga  disebut  secara


                       umum  sepertimana  fungsi  shahid  tatabahasa  yang  lain,  iaitu  fungsi  sebagai  asas

                       pembentukan  kaedah  tatabahasa  ataupun  sebagai  penyokong  sesuatu  hujah.


                       Sedangkan  apabila  diamati  fungsi  SQ  secara  lebih  terperinci,  ada  dalam  kalangan

                       pengkaji  yang  menyenaraikannya  sebagai  contoh  kepada  kaedah  dalam  tatabahasa


                       (Al-Dhunaybat, 2008; Dajlan, 1987; Zamri & Kaseh, 2011).



                       Hal ini mendatangkan kekeliruan istilah kerana dalam kajian berkenaan bahkan dalam


                       kitab  utama  tatabahasa  pun,  tidak  semua  SQ  yang  terdapat  di  dalamnya  digunakan

                       sebagai asas pembentukan tatabahasa atau penyokong hujah. Ada juga SQ digunakan


                       sebagai mendefinisikan makna perkataan atau sebagai contoh keindahan susunan (Al-

                       Mulhim, 2006) dan contoh kaedah.




                       Selain  itu,  mutakhir  ini  sudah  terdapat  beberapa  kajian  SQ  yang  mengambil


                       pendekatan kuantitatif berasaskan ujian pra dan pasca melibatkan kumpulan kawalan

                       dan  rawatan.  Fokus  kajian  untuk  melihat  keberkesanan  penggunaan  SQ  terhadap


                       responden.  Sebagai  contoh,  kajian  al-Anzi  (2002)  yang  melakukan  kajian

                       keberkesanan SQ ke atas pencapaian mata pelajaran tatabahasa murid tahun lima di

                       Saudi Arabia. Zamri et. al (2012) pula melakukan kajian Gaya SQ ke atas perubahan


                       minat murid tahun lima terhadap subjek bahasa Arab di Malaysia. Berdasarkan dua

                       kajian ini, sudah tentu SQ yang digunakan dalam kajian tersebut difahami berfungsi


                       sebagai  contoh  sahaja  berbanding  fungsi  sebagai  asas  pembentukan  kaedah

                       tatabahasa, atau sebagai penyokong hujah dalam tatabahasa. Hal ini demikian kerana,


                       dalam  kajian  berkenaan  al-Quran  lebih  dilihat  sebagai  sumber  bahasa  Arab



                                                               50
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73