Page 64 - Nilai Shahid al-Quran
P. 64

Mafhum  daripada  penyaksian  para  Nabi  tersebut  bahawa  Dia  tidak  mengazabkan

                       sesuatu kaum melainkan setelah diutuskan keterangan.




                                                                                                      c
                       Namun  perkataan  shahid  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  adalah  yang  dijama kan

                       dengan  shawahid,  iaitu  yang  digunakan  kepada  subjek  tidak  berakal.  Hal  ini

                       bersesuaian  dengan  subjek  kajian  ini,  iaitu  dalil  tatabahasa.  Walau  bagaimanapun,


                       sama ada perkataan shahid digunakan untuk subjek berakal atau tidak berakal, maksud

                       shahid  dari  segi  bahasa  sebagaimana  yang  dibincangkan  tetap  tidak  berubah,  iaitu

                       sesuatu  yang  akan  memberi  penerangan  terhadap  apa  yang  diketahuinya.  Dengan


                       sebab itu juga, ada dalam kalangan pengkaji yang mengungkapkan shahid tatabahasa

                       sebagai “al-hujjah al-hadirah” (satu hujah yang hadir). Seolah-olah ia seperti manusia


                       yang  hadir  untuk  menjadi  saksi  dengan  apa  yang  diketahui  olehnya  (Al-Mulhim,

                       2006).




                       2.2.1.2  Definisi shahid dari segi istilah.


                       Istilah  shahid  digunakan  dalam  beberapa  bidang  ilmu  Islam.  Hal  ini  menjadikan

                       istilah  ini  agak  popular.  Sebagai  contoh,  dalam  bidang  ilmu  Hadis,  istilah  shahid


                       digunakan kepada sebuah Hadis  yang diriwayatkan dengan makna  Hadis yang lain,

                       atau lafaznya daripada sanad yang lain. Antara tujuan periwayatan Hadis berkenaan

                       adalah bagi menerangkan darjat mutawatir dalam kalangan para sahabat r.a, atau bagi


                       menerangkan pertambahan dalam matan Hadis dan sebagainya (Al-Ghawri, 2007).




                       Dalam bidang sastera Arab, istilah shahid lebih menampakkan sebagai dalil. Istilah ini

                       digabung bersama  dengan  perkataan  al-qasasi bagi  membentuk  istilah baharu, iaitu


                       al-shahid al-qasasi. Istilah ini merujuk kepada suatu kisah atau cerita yang digunakan



                                                               46
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69