Page 61 - Nilai Shahid al-Quran
P. 61

2.2  SQ Dalam Tatabahasa Arab

                       Bagi memahami maksud SQ secara lebih mendalam, kajian akan meneliti istilah ini


                       daripada segi definisi, sorotan ringkas tatabahasa Arab, sejarah shahid secara umum

                       dan SQ secara khusus dalam tatabahasa.




                       2.2.1   Definisi SQ


                       Bagi  memahami  terma  SQ  dalam  tatabahasa  Arab,  terlebih  dahulu  dibincangkan

                       definisi shahid dan definisi al-Quran dari segi bahasa dan juga istilah.




                       2.2.1.1  Definisi shahid dari segi bahasa.

                                                                                    c
                       shahid (دهاش) adalah perkataan Arab yang dibina atas wazan fa il (معاف). Perkataan ini

                       terbit daripada kata kerja shahida (دهش), yashhadu (دهشٌ). Kata nama terbitannya pula

                       adalah shahadah (جداهش). Perkataan ini adalah perkataan mufrad (membawa erti satu


                       atau singular) dan ia mempunyai kata jamak (membawa erti banyak atau plural) yang

                       pelbagai, antaranya shuhud (دىهش), ashhad (داهشأ), shuhhad (دّهش), shuhada‟ (ءادهش) yang


                       digunakan untuk subjek berakal, shawahid (دهاىش) yang digunakan untuk subjek tidak

                                                                        c
                       berakal. Perkataan ini turut didatangi dengan jama  mudhakkar salim, iaitu shahidun

                       (نودهاش) (“Kamus Al-Ma‟ani,” n.d.).



                       Kata  dasar  shahid,  iaitu  shahida  dari  segi  bahasa  mempunyai  pelbagai  maksud,


                       antaranya  dalil  atau  saksi,  satu  perkhabaran  yang  tegas,  atau  satu  kenyataan  yang

                       diasaskan  kepada  pengetahuan  (Ibrahim,  1972).  Maksud-maksud  ini  diperolehi


                       bergantung kepada penggunaannya dalam sesuatu ayat.









                                                               43
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66