Page 57 - Nilai Shahid al-Quran
P. 57

Selain itu, kesahan dapatan dan tema nilai kajian juga ditentukan oleh pembentukan

                       triangulasi data.  Sememangnya triangulasi  data  telah diakui sebagai  salah satu  cara


                       bagi  mengesahkan  data  kualitatif  (Yin,  2011).  Kesahan  dapatan  bagi  menjawab

                       persoalan kajian satu dan dua diperolehi daripada triangulasi data analisis kandungan,


                       analisis dokumen dan temu bual. Kesahan tema nilai bagi menjawab persoalan kajian

                       tiga,  empat  dan  lima  pula  diperolehi  daripada  triangulasi  data  analisis  kandungan,


                       pemerhatian dan temu bual.



                       1.8.4.3  Kebolehpercayaan


                       Kebolehpercayaan  merujuk  kepada  ketekalan  dan  kestabilan  data  kajian  yang

                       dikaitkan  dengan  setakat  mana  dapatan  kajian  boleh  diulang  semula.  Para  sarjana


                       percaya  bahawa  kebolehpercayaan  berkait  rapat  dengan  kebolehsandaran  dan

                       ketekalan keputusan, hasil atau dapatan daripada data kajian yang terkumpul (Othman


                       Lebar, 2015). Dalam kajian ini kebolehpercayaan terhasil daripada ketekalan dalaman

                       dan  luaran.  Ketekalan  dalaman  bermaksud  data  yang  diperolehi  adalah  bermakna


                       manakala ketekalan luaran merujuk kepada pengesahan data melalui semakan peserta

                       (peer  checking)  terhadap  data.  Selain  itu,  ketekalan  luaran  juga  terhasil  daripada


                       pencapaian penilaian pakar terhadap analisis data yang menepati tema kajian melalui

                       indikator tahap persetujuan Cohen Kappa.




                       i.     Pengesahan peserta terhadap data temu bual.

                       Semua  peserta  kajian  diberikan  peluang  dan  masa  yang  mencukupi  bagi  meneliti


                       transkripsi yang disediakan selepas sesuatu sesi temu bual dijalankan. Mereka boleh

                       mencadangkan  perubahan  ataupun  menukar  data  yang  tidak  tepat  bagi


                       menggambarkan  jawapan  yang  diberikan  semasa  sesi  temu  bual.  Perubahan  segera



                                                               39
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62