Page 54 - Nilai Shahid al-Quran
P. 54
Teknik analisis deskriptif bertujuan untuk menghuraikan taburan SQ dalam kitab
Tashil dari segi pola, fungsi dan tawjih sebagaimana yang dilakukan oleh para
pengkaji sebelum ini ke atas korpus kajian mereka masing-masing (Muhammad Lutfi,
1987; Zamri & Kaseh, 2011; Zamzam, 2011). Melalui teknik ini, kajian akan
menghuraikan pola SQ yang terdapat dalam korpus kajian. Pola pertama adalah
penggunaan SQ secara sendirian sama ada menggunakan satu, dua atau lebih SQ
ketika membincangkan kaedah tatabahasa. Pola kedua adalah penggunaan SQ
bersama shahid tatabahasa yang lain sama ada syair, Hadis dan prosa dalam bentuk
pepatah Arab atau perumpamaan. Kajian juga akan meneliti sama ada SQ berkenaan
digunakan sebelum atau selepas kehadiran shahid jenis lain. Hasil analisis data kajian
dalam bentuk ini akan dimasukkan ke dalam lembaran kerja MS Excel bagi
menentukan pola, fungsi dan tawjih penggunaan SQ dalam kitab Tashil.
Analisis tematik pula digunakan bagi menganalisis data SQ terpilih berdasarkan tema
nilai yang telah disediakan. Terdapat lima tema yang menjadi asas kajian, iaitu TI,
Pengaruh, Akademik, Mudah dan Mesra. Tema TI diisi dengan SQ yang terlibat
perbincangan akidah, syariat ataupun akhlak. Tema pengaruh pula diisi SQ yang
c
terlibat perbincangan i jaz al-Quran. Tema akademik pula memuatkan SQ yang
terlibat perbincangan fungsi SQ, konsep kesepaduan, Islamisasi dan ketepatan Ilmu.
Tema mudah diisi oleh SQ terlibat perbincangan kreativiti, inovasi dan amalan
seharian manakala tema mesra diisi oleh SQ yang biasa digunakan sebagai doa, wirid
dan terapi.
Analisis tekstual pula digunakan bagi menentukan sub nilai SQ di bawah sesuatu
tema. Menerusi kaedah ini, sesuatu SQ akan dirujuk kepada kitab tafsir atau sumber
36