Page 58 - Nilai Shahid al-Quran
P. 58
akan dilakukan jika berkaitan dan tandatangan akan diperturunkan bagi menandakan
persetujuan peserta kajian terhadap kesahan data berkenaan.
ii. Pengesahan pakar terhadap analisis data melalui Cohen Kappa.
Analisis Indeks Cohen Kappa telah lama digunakan dalam menentukan
kebolehpercayaan data kualitatif (Zamri & Noriah, 2003). Dalam kajian ini, tiga orang
pakar bidang bahasa Arab dan tiga orang pakar bidang pendidikan nilai terlibat
penelitian dan pengesahan data. Nilai pekali indeks Cohen Kappa yang diperolehi
daripada persetujuan pakar bidang tersebut masing-masing 0.93 dan 0.84.
Menurut para pengkaji, nilai indeks Cohen Kappa yang melebihi 0.75 adalah baik dan
melambangkan persetujuan kesemua pakar yang terlibat. Pencapaian tahap
persetujuan yang sangat tinggi mengikut penilaian Cohen Kappa pula merupakan
bukti terbaik bagi menentukan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap data kajian
kualitatif (Mohd Nasri, 2017).
1.9 Penutup
Secara keseluruhan bab ini membincangkan pengenalan, pernyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, kerangka konseptual kajian, kepentingan kajian, definisi
operasi kajian dan metodologi kajian. Perbincangan bab ini memberikan maklumat
dan gambaran awal berkaitan dengan kajian selain memudahkan kefahaman terhadap
penggunaan istilah yang terdapat dalam kajian ini.
Berdasarkan aspek yang dibincangkan dalam bab ini, kajian ke atas SQ dalam kitab
Tashil karangan SA seorang tokoh tatabahasa Arab Nusantara wajar dilakukan. Hal ini
40