Page 63 - Nilai Shahid al-Quran
P. 63
Selain itu, perkataan shahida ini juga apabila didatangkan bagi tujuan penyaksian atas
kesahan sesuatu perkara maka ia boleh membawa makna penegasan (al-ta‟kid) (Al-
c
Ba labaki, 1994).
Daripada perbincangan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa shahid dari segi
bahasa adalah bermaksud suatu dalil atau hujah yang tegas untuk dijadikan saksi
kepada sesuatu perkara yang memerlukan sandaran yang konkrit.
Dalam konteks kajian ini pula, makna shahid dari segi bahasa sebagaimana yang
diutarakan oleh Ibn Manzur (1994) adalah bersesuaian, iaitu sesuatu yang akan
memberi penerangan terhadap apa yang diketahuinya. Hal ini demikian kerana istilah
SQ memberikan tiga kefahaman; Pertamanya, al-Quran itu dalam bahasa Arab.
Keduanya, al-Quran adalah kalam Allah yang tidak ada syak dan ragu padanya, dan
ketiganya, al-Quran adalah sumber bahasa Arab yang terjamin akan kekal
keasliannya. Oleh itu, al-Quran adalah shahid tatabahasa Arab. Bahkan ia juga
mungkin boleh dijadikan shahid atas segala ilmu pengetahuan.
Sekiranya dilihat kepada penggunaan perkataan shahid dalam al-Quran, ia didapati
8
hadir sebanyak 10 kali dengan kesemuanya membawa maksud saksi, menyaksikan
atau menjadi saksi (Basmeih, 1998). Malah, penggunaan perkataan shahid dalam ayat-
ayat suci tersebut adalah berkaitan dengan subjek berakal. Hal ini demikian kerana
subjek ayat-ayat berkenaan adalah manusia yang kebanyakan mereka terdiri daripada
para Nabi yang dilantik oleh Allah untuk menjadi saksi kepada keadilan-Nya.
8 QS At-Tawbah, 9:17; Hud, 11:17; Yusuf, 12:26; Al-Anbia‟, 21:78; Al-Ahzab, 33:45; Al-Safat,
37:150; Al-Ahqaf, 46:10; Al-Fath, 48:8; Al-Muzzammil, 73:15; dan Al-Buruj, 85:3.
45