Page 65 - Nilai Shahid al-Quran
P. 65
sebagai rujukan atau dalil bagi mengesahkan suatu set nilai murni dalam aktiviti
nasihat-menasihati ataupun dalam aktiviti penyampaian khutbah (Wahbah & Al-
Muhandis, 1984).
Dalam bidang tatabahasa Arab pula, istilah shahid digunakan bagi merujuk kepada
suatu ujaran (qawl) berasaskan sumber yang diyakini kearabannya dan didatangkan
sebagai hujah atau dalil yang menyokong sesuatu qawl yang lain dalam sesebuah
perbincangan tatabahasa (Al-Lubdi, 1985).
Sekiranya dilihat dalam buku-buku atau kajian tatabahasa yang memberikan fokus
khusus kepada kajian shahid, dapat disimpulkan bahawa para pengkaji menggunakan
istilah ini dengan merujuk kepada tiga perkara yang menjadi asas kepada
pembentukan istilah shahid, iaitu subjek, jenis dan fungsinya.
c
Subjek shahid dalam perbincangan tatabahasa adalah suatu nas (Bu abbas, 2014),
c
hujah (Al-Nayilah, 1976), perkhabaran ( Id, 1988), ujaran (Al-Bakri, 1990) atau dalil
(Al-Rashidi, 2011). Jenis shahid pula sama ada petikan daripada al-Quran, Hadis
Rasulullah s.a.w, syair, ataupun prosa Arab yang terdiri daripada hikam, mathal dan
apa sahaja yang disandarkan kepada penutur jati Arab yang diakui kearabannya (Al-
Bakri, 1990; Al-Mulhim, 2006; Al-Rashidi, 2011; Zamri, 1999). Manakala fungsi
shahid adalah seperti pengesahan kepada sesuatu kaedah, atau mengharuskan kaedah
yang menyalahi qiyas, atau penguat sesuatu hujah yang diutarakan dalam
perbincangan berkaitan kaedah tatabahasa (Al-Nayilah, 1976). Tidak kurang juga
kajian yang menyimpulkan fungsi shahid sama ada sebagai pembina kaedah
47