Page 66 - Nilai Shahid al-Quran
P. 66
tatabahasa atau sebagai hujah dalam mempertahankan pendapat tatabahasa (Al-
c
Mulhim, 2006; Bu abbas, 2014).
Kesimpulannya, istilah shahid adalah merujuk kepada sesuatu subjek tatabahasa yang
dipetik daripada al-Quran, Hadis, syair atau sumber-sumber bahasa Arab lain yang
dipercayai keasliannya. Subjek tersebut termasuklah prosa yang terdiri daripada
mathal dan hikam. Tujuannya adalah membentuk sesuatu kaedah tatabahasa ataupun
sebagai penguat hujah dalam membincangkan kaedah-kaedah tatabahasa.
2.2.1.3 Definisi al-Quran dari segi bahasa
Al-Quran adalah kata nama terbitan daripada asal kata kerja qara‟a yaqra‟u. Kata
nama terbitannya yang kedua adalah qira‟atan. Kedua-dua kata nama terbitan inilah
yang masyhur penggunaannya dalam bahasa Arab. Perkataan al-Quran didapati telah
berpindah daripada kategori kata nama terbitan kepada kata nama khas, iaitu al-Quran
c
yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w (Al-Sa di, 1986).
Dari segi bahasa, al-Quran membawa dua makna, iaitu makna menghimpun atau
c
himpunan (damma wa jama a) dan makna tilawah atau sebutan (tala wa nataqa). Al-
Quran dikatakan himpunan kerana ia menghimpun surah-surah yang terdapat di
dalamnya (Ibn Manzur, 1994). Manakala al-Quran dikatakan tilawah atau sebutan
kerana ia dibaca dan disebut segala huruf dan perkataannya (Al-Fairuzabadi, 1996).
Oleh sebab itu, al-Quran yang berasal daripada kata nama terbitan lebih masyhur
sebagai kata nama khas kerana ia membawa makna “yang dibaca” (al-maqru‟) seolah-
c
c
olah ia dibina atas kata nama penderita (al-Maf ul) (Al-Sa di, 1986; Ibn Manzur,
1994; Kamarul Shukri, 2010). Selain itu al-Quran juga merupakan kata nama khas
48