Page 71 - Nilai Shahid al-Quran
P. 71
saya ada sekadar seribu dinar. Selain itu, perkataan ini turut membawa makna jenis
(عىىن ا) (Ibn Manzur, 1994; “Kamus Al-Ma‟ani,” n.d.; Mustafa, 1972). Namun didapati
makna perkataan al-Nahw yang lebih masyhur adalah seiras (مثمنا) atau seperti (هٍثشنا).
Penggunaannya seperti dalam ayat (حناص ىحو دمحأ) yang bermaksud Ahmad adalah
seperti Soleh (Al-Hashimi, 1998).
Kemungkinan daripada makna “seperti” inilah, maka perkataan al-Nahw berubah
daripada kata nama yang asalnya membawa pelbagai makna bahasa kepada kata nama
khas yang merujuk kepada satu bidang disiplin ilmu, iaitu tatabahasa. Buktinya
banyak sekali perkataan ini digunakan dalam kitab tatabahasa dengan makna “seperti”
atau “contoh” melalui ungkapan (ىناعت هنىق ىحو) yang bermaksud seperti firman Allah,
atau (سعاشنا لىق ىحو) yang bermaksud seperti kata-kata penyair, atau (كنىق ىحو) yang
bermaksud contoh perkataan engkau dan sebagainya.
Dari segi istilah pula, tatabahasa Arab merujuk kepada suatu disiplin ilmu
mengandungi kaedah tertentu yang dapat membantu pembaca mengenali perihal
keadaan huruf akhir dalam sesuatu perkataan. Fokus huraian ilmu ini sama ada dalam
c
bentuk al-i rab atau al-bina‟ (Al-Hashimi, 1998) atau apa sahaja yang berkaitan
c
dengan perkataan tersebut dari segi al-tathniyah, al-jam , al-takthir, al-idafah dan
lain-lain (Ibn Jinni, 1952) dengan merujuk kepada sumber-sumber asli bahasa Arab
(Al-Suyuti, 2006).
2.2.2.2 Sejarah ringkas kelahiran tatabahasa Arab
Manusia kebiasaannya merujuk kepada sejarah bagi mengenali sesuatu perkara
dengan mendalam. Sejarah boleh memberi maklumat asal usul dan perkembangan
53