Page 69 - Nilai Shahid al-Quran
P. 69
berbanding sebagai dalil tatabahasa sebagaimana yang difahami dalam kajian shahid
tatabahasa yang lain.
Bagi mengelakkan kekeliruan seperti yang dinyatakan di atas, timbulnya satu
keperluan agar SQ mula digunakan sebagai satu istilah yang tersendiri dalam
tatabahasa. Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri SQ seperti yang berikut:
i. Istilah SQ lebih sesuai digunakan berbanding istilah-istilah lain seperti
dalil al-Quran, contoh al-Quran ataupun ayat al-Quran. Hal ini demikian
kerana, istilah dalil al-Quran akan menyempitkan fungsi istilah ini kepada asas
pembentukan kaedah dan penguat hujah sahaja. Istilah contoh al-Quran pula
hanya menjadikan SQ ini contoh kaedah semata-mata. Manakala istilah ayat
al-Quran akan menafikan potongan ayat-ayat al-Quran yang digunakan kerana
tidak semua SQ dalam tatabahasa semestinya melibatkan keseluruhan sesuatu
ayat al-Quran. Mungkin SQ dipetik daripada potongan ayat al-Quran atau ia
melibatkan dua, tiga atau lebih ayat al-Quran.
ii. SQ memainkan fungsi yang sama sebagaimana shahid tatabahasa yang
lain, iaitu sebagai dalil kaedah atau penguat hujah dalam perbincangan.
iii. SQ turut digunakan dengan fungsi sebagai contoh, sama ada sebagai
contoh kepada kaedah tatabahasa (Al-Anzi, 2002) dan contoh kepada
ketepatan kosa kata bahasa Arab secara umum (Zamri Rajab et al., 2012).
Bahkan ada yang menggunakan SQ dalam karya tatabahasa mereka sebagai
contoh dalam membincangkan betul atau salahnya sesuatu subjek secara
51