Page 73 - Nilai Shahid al-Quran
P. 73
tentu faktor kelahiran ilmu tatabahasa lebih dirujuk kepada fakor bahasa, faktor
bangsa mahupun faktor sosial (Dayf, 1968).
Sememangnya tidak dapat dinafikan, walaupun fokus sesetengah pengkaji adalah
huraian ilmu tatabahasa berdasarkan perbezaan pendapat tokoh dalam bidang
berkenaan (perbincangan subjek tatabahasa mengikut aliran), namun mereka tetap
menegaskan bahawa al-Quran merupakan penyebab utama kepada kelahiran ilmu
tatabahasa (Adnan Suemae, 2005; Said, 1957). Hal ini demikian kerana faktor
kebangsaan (al-qaumi) sebagaimana yang disebut oleh Shawqi Dayf (1968)
sebenarnya telah lama wujud sebelum al-Quran tetapi faktor ini tidak mencetuskan
idea kepada bangsa Arab untuk mencipta ilmu tatabahasa.
Tidak dinafikan juga bahawa kemunculan al-lahn dalam bahasa merupakan
rangsangan awal kelahiran ilmu tatabahasa. Namun, sebab yang lebih konkrit kepada
kelahiran ilmu ini adalah apabila al-lahn boleh mempengaruhi bacaan al-Quran dalam
masyarakat Islam (Al-Tantawi, n.d.). Hal inilah yang ditegaskan oleh Said Al-Afghani
(1957):
نآسقهن س اىنا جءاسق ىنإ هحهنا بسست كنذ هم ىكولأاو
Selain itu, ada dalam kalangan pengkaji berpendapat bahawa al-lahn dalam al-Quran
sebenarnya telah dianggap sebagai bahaya yang besar dan mencabar kesucian Kalam
Allah. Bahkan al-lahn mampu merosakkan keseluruhan sumber perundangan dan
akidah Islam sekiranya fenomena ini tidak dibendung (Kamarul Shukri, 2010).
55