Page 77 - Nilai Shahid al-Quran
P. 77

kesucian  al-Quran  secara  kritikal,  maka  mereka  masih  tidak  melihat

                              keperluannya membentuk ilmu tatabahasa.




                              vi.    Terdapat  juga  pendapat  yang  mengaitkan  hubungan  sosialisasi


                              masyarakat  Arab  dengan  bukan  Arab  menyebabkan  kesalahan  dalam

                              berbahasa.  Namun  pendapat  ini  juga  lemah  memandangkan  sehingga  kini


                              bahasa Arab masih terpengaruh dengan bahasa, budaya dan adat bukan Arab

                              walaupun telah ada kaedah tatabahasa bagi menjaga keelokan bahasa Arab. Ini

                              menunjukkan hubungan sosialisasi bukan sebab utama yang dapat mengatasi


                              al-Quran  yang  kekal  sebagai  sumber  bahasa  paling  fasih  dahulu  kini  dan

                              selamanya.




                       Berdasarkan kepada justifikasi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa selain al-


                       Quran  menjadi  pencetus  utama  pembentukan,  perkembangan  dan  kemajuan  ilmu

                       tatabahasa,  kedua-dua  al-Quran  dan  tatabahasa  adalah  dua  subjek  yang  saling


                       memelihara di antara satu sama lain.




                       2.2.3   Shahid dalam tatabahasa Arab.

                       2.2.3.1  Sejarah ringkas shahid

                       Sebagaimana  yang  dibincangkan  terdahulu,  shahid  adalah  satu  istilah  dalam


                       tatabahasa  Arab.  Secara  umumnya  shahid  merujuk  kepada  subjek  yang  digunakan

                       sebagai dalil atau penguat hujah dalam perbincangan tatabahasa. Ada dalam kalangan


                       pengkaji  yang  mendakwa  bahawa  istilah  shahid  muncul  pada  kurun  ke-2  Hijrah

                       (Abdel  Aziz,  2011).  Bahkan  pada  mulanya  istilah  ini  hanya  merujuk  kepada


                       penggunaan syair sebagai dalil tatabahasa sahaja (Al-Lughawi, 1955).



                                                               59
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82