Page 80 - Nilai Shahid al-Quran
P. 80
yang didatangkan dalam bentuk yang tidak dizahirkan atau tidak ditekankan kerana
tujuannya untuk menjelaskan kaedah yang masyhur dan diketahui umum, seperti
c
c
shahid fa il itu mestilah marfu , mudaf ilayh itu mestilah majrur dan sebagainya.
Manakala shahid jelas didatangkan bagi menjelaskan kaedah terpencil dan yang biasa
c
menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli tatabahasa (Bu abbas, 2014).
Ada juga pengkaji lain yang mengkategorikan shahid tatabahasa kepada tiga, iaitu
c
c
shahid al-sama , shahid al-qiyas dan shahid al- illah (Hathat, 2006). Malah ada juga
dalam kalangan mereka yang mengkategorikan shahid mengikut tahap, iaitu sama ada
shahid itu kalam Allah, Hadis Nabi Muhammad atau kalam Arab. Kalam Arab
tersebut dibahagi pula kepada dua sama ada syair (al-Manzum) atau prosa (al-
Manthur) (Al-Rashidi, 2011).
Walaupun para sarjana mempunyai pelbagai pandangan dalam mengkategorikan jenis-
jenis shahid, tetapi pada hakikatnya ia bukanlah suatu perselisihan. Sebaliknya
kepelbagaian tersebut merupakan kesimpulan pandangan yang dilihat berdasarkan
sudut dan dimensi yang digunakan oleh sarjana yang berkenaan. Pada hakikatnya,
pendapat-pendapat ini boleh disatukan. Sebagai contoh, shahid khafi jika dipandang
c
secara yang lebih khusus akan membentuk shahid qiyas dan shahid illah. Begitu juga
c
shahid al-sama yang merangkumi kesemua jenis shahid yang boleh didengari dengan
telinga seperti al-Quran, Hadis, syair bahkan prosa Arab. Demikian juga pembahagian
berdasarkan tahap, ia adalah jenis shahid yang sama cuma dibahagi-bahagikan
mengikut sisi pandangan agama, dengan tujuan memuliakan kalam Allah daripada
kalam manusia.
62